Sebuah teksi berhenti dihadapan rumah Dato'Sofi, pintu tempat duduk penumpang dibuka oleh Suraya. Keadaan Suraya kusut masai, rambutnya tidak kemas, matanya sembap, bibirnya ada kesan lebam, dia tidak memakai kasut dan pakaiannya ada kesan terkoyak. Setelah pintu ditutup barulah teksi tersebut bergerak membelah jalan raya.
Suraya membuka kunci pintu dan masuk ke dalam rumahnya, suasana sunyi kerana tiada sesiapa ketika itu termasuklah orang gaji. Suraya termenung dihadapan pintu, kemudian dia terduduk dan menangis dihadapan pintu.
"Kau tak guna Asry!! Tak guna!! Kenapa kau rogol aku!! Arghhhh!!!" Raungnya sambil menumbuk lantai dengan beg tangan, "Aku benci kau!! Aku benciii!!" Beg tangan itu dihumban ke tepi. Dia memeluk kakinya dan terus menangis disitu.
***
Suasana di dalam dewan riuh-rendah dengan suara tetamu yang hadir ke majlis bersanding pasangan yang baru sahaja diijabkabulkan semalam. Tangan ibu bapa para pengantin tidak putus-putus menerima huluran salam daripada tetamu. Senyuman bahagia terukir di bibir mereka semua. Bunyi paluan kompang dan bunyi muzik yang menjadi penghias majlis pada hari itu begitu menghiburkan. Tidak ketinggalan kepada tetamu yang mahu menyumbangkan lagu buat para pengantin.
Aku mencuri lihat Rizka yang duduk disebelahku, memanglah dia duduk sebelah aku.. dah nama pun isteri aku. Takkan sebelah ayah pulakan? Bila masa ayah kahwin dua? Weyh, Niel.. mulut kau.. kalau anak dia dengar confirm kau kena kung fu dengan dia tu. Silap-silap dia kipas lipas kepala kau. Huish.. bahaya tu Niel! Bahaya! 3 hari 3 malam tak tidur nanti.
"Kenapa pandang macam tu?"
Aku tersentak apabila Rizka tiba-tiba bersuara, ohh.. dia perasan rupanya aku tengok dia. Ceh, mata helang betul!
"Oh, perasan rupanya!" Aku tersenyum menampakkan baris gigi aku yang putih dan bersinar-sinar bagaikan mutiara. Haha.. korang ado? #JangankecamXP
"Jangan pandang macam tu. Malu orang tengok." Eleh, jangan tengok konon.. padahal dia pun tengok aku. Kalau tak macam mana dia perasan aku tengok dia? Kepala timun betul! Ha.. kan dah keluar lawak Danial Lawak Solo tu. Mentang-mentang nama sama sesuka hati aku ja meminjam XP
Aku memandang ke hadapan semula, mataku memerhati setiap tetamu yang datang pada hari ini bagi menyerikan majlis kami.
Wow, ramainya awek. Cute pula tu semuanya.
Ok lek lek.. jangan risau. Aku lelaki setia *tayang sengih*
Tapi, betullah kata daddy. Memang ramai orang yang datang masa majlis kahwin aku ni. Keluarga kami, keluarga Azim, keluarga Rizka, jiran, kawan kerja, pekerja-pekerja, kawan-kawan lama aku, kawan-kawan mummy, kawan-kawan Lia, kawan-kawan Azim, kawan-kawan Rizka, kawan-kawan daddy dan ramai lagilah.. tak terkata aku.
Aku memandang Azim dan Lia yang duduk tidak jauh dari aku dan Rizka, amboi.. masa makan pun bersweet korang erk.. tak cukup suap kek tadi nak juga suap nasi.
Jelaous lah tu~
Tak.
Jealous.
Tak!
Jelaous.
Kepala tong gas betul, diamlah!
Bluerkk! *author blah*
Ok.. ok.. back to real, abaikan author yang busybody tu.
Author be like -,-
Aku mencuri lihat Rizka yang sedang menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya. Hmm.. aku rasa aku ada satu idea *jongket kening 3 kali*
"Untunglah Azim dapat malam ni." Sengaja aku cakap kuat sikit, biar cekodok pisang sebelah ni dengar. Dia? Apa lagi, terus tengok aku macam nak tikamlah. Apa? Ingat mata bulat tu boleh buat tikam orang? Bahahaha! Sakit perut aku ketawa sampai golek-golek atas planet Utarid. Macam perempuan yang dalam iklan apa tu.. golek sampai molek? Yang ada Nelydia Senrose tu. Ha.. macam tu lah aku golek.
YOU ARE READING
Calon Menantu Untuk Mummy
Teen Fiction"Satu bulan" What?Menantu?Weyh! Aku bercinta pun tak pernah! Kenapa mummy tiba-tiba minta menantu? Aaaa!! Kusut fikiran aku jadinya! Aku sayang mummy, aku tak nak hampakan permintaannya. Tapi, apa yang harus aku lakukan? Tak kahwin, adik aku tak dap...