"Suraya!" Aku menggenggam lengan Suraya yang hendak menuruni tangga, dia berpusing menghadap aku. "What?!" Katanya dengan nada yang marah.
"Suraya nak pergi mana?" Soalku, sejak aku terdengar perbualannya dengan Ryan kelmarin, aku harus berhati-hati dengan setiap tingkah laku Suraya. Aku takkan biarkan adik aku terus hanyut dengan permainan perasaannya.
Membunuh?
Tidak. Aku takkan biarkan!
"Hey.. suka hati I lah nak pergi mana! Yang you tiba-tiba caring pasal I kenapa? Hello, disgusting okey!" Katanya dengan nada yang sinis. Pasti dia cuba mengelak.
"Apa salahnya kalau kakak caring pasal adik sendiri?" Aku menjongket kening, dia merentap tangannya lalu berpeluk tubuh. "Pandai pula nak caring pasal orang. Sebelum ni tak ada pun. You mesti ada apa-apa ni kan?" Suraya mula curiga dengan aku, tak apa. Biarkan.
"Saja. Apa salahnya kalau kita buat perubahan? Lagipun, ni perubahan yang baikkan?" Aku memeluk bahunya, Suraya menolak aku sehingga terdorong ke belakang sedikit. "You jangan nak berlagak baik sangat! Tak ada apa-apa yang boleh berubah dalam rumah ni! You dengan life you, I dengan life I! Do what you want and don't disturb me!"
Suraya berlalu pergi, aku hanya memerhati langkahnya yang menuruni anak tangga.
All right Suraya. As you wish. I will do what I want.
》》》》》》》》》》》》》》》》
Aku duduk seorang diri di cafe pejabat ini, mataku memerhati setiap tingkah laku pekerja yang berada di sekelilingku.
Sejujurnya, fikiran aku kusut!
Daniel? Dia bos aku? Aku sangkakan aunty Kamaliya. Huwaaa!! Mama! Kenapa tak bagitau Rizka?!
If i got locked the way..
Terkejut aku apabila tiba-tiba sahaja handphone aku berbunyi, aku memandang skrin handphone. Tertera nama 'mama'. Laju sahaja jariku menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum, mama?"-Rizka
"Waalaikumsalam, Rizka. Macam mana? Ok tak?"-Puan Izlyn
"Mama.. mama tak cakap pun yang bos Rizka tu Daniel! Rizka sangkakan aunty Kamaliya."-Rizka
"Aik, mana mama tau! Rizka tak tanya pun. Kenapa? Terukkah dia layan Rizka? Kerr.. dia mengorat Rizka?!"-Puan Izlyn
"Uish, apa pula mengorat ma? Tak adalah. Biasa ja."-Rizka
"Ye ke?"-Puan Izlyn
"Ye lah mama ni.."-Rizka
"Haha! Ok lah. Rizka dekat mana ni sayang? Bila nak balik?"-Puan Izlyn
"Dekat cafe pejabat ni. Rizka balik naik bas ja lah ma. Rizka nak pergi round mall dulu. Beli baju. Esok dah mula kerja."-Rizka
"Hmm.. ya lah. Hati-hati."-Puan Izlyn
"Ok. Assalamualaikum"-Rizka
"Waalaikumsalam."-Puan IzlynAku memutuskan panggilan, kemudian mataku tertancap pada dua pekerja wanita yang sedang menghirup air cappucino. Emm.. macam sedap pula air tu! Menggoda betul!
Kaka Rizka~ marilah beli kitorang~
Ah, sudah! Permainan imaginasi betul! Ada pula air bercakap?
Aku segera bangun dan menuju ke kaunter, seorang cashier wanita memandang aku yang mendekatinya.
"Akak, saya nak air cappucino satu." Kataku dengan senyuman di bibir, dia menekan nombor di mesin duit di hadapannya kemudian memandangku semula. "Ok, semuanya 3 ringgit." Aku mengeluarkan 3 keping duit RM1 dan menyerahkannya kepada kakak cashier itu. Dia menyambutnya dengan senyuman. "Tunggu sekejap ya."
Aku mengangguk lalu menuju ke tempatku tadi, keluhan kecil aku lepaskan. Tiba-tiba fikiranku diterjah dengan wajah Daniel, yang bakal menjadi bos aku pada hari esok, lusa, tulat dan sampai aku pencen.
YOU ARE READING
Calon Menantu Untuk Mummy
Teen Fiction"Satu bulan" What?Menantu?Weyh! Aku bercinta pun tak pernah! Kenapa mummy tiba-tiba minta menantu? Aaaa!! Kusut fikiran aku jadinya! Aku sayang mummy, aku tak nak hampakan permintaannya. Tapi, apa yang harus aku lakukan? Tak kahwin, adik aku tak dap...