Bab 28

1.6K 59 0
                                    

Emm.. macam mana ni?

Cengginih kah?

Eh, macam tak kena ja -,-

Macam ni kot.

Jap. Eh! Eeeee! Susahlah! Macam mana ni???

Ya Allah habis terlilit diri sendiri!

Tokk! Tokk!

"Lia?"

Aku toleh ke belakang, kelihatan mummy sedang memandangku yang terkial-kial di hadapan cermin. Dah serupa orang berjoget pun ada -,-

"Buat apa ni?" Mummy melangkah masuk, aku tersengih macam kerang busuk. Tapi tak adalah busuk sangat sebenarnya.

"Emm.. mummy. Lia nak.. pakai shawl ni tapi, tak pandai lilitlah."
Ya, itulah benda yang aku terkial-kial nak pakai sampai serupa orang berjoget dan sampai terlilit diri sendiri. Melihat mummy yang bertudung, sahabat aku As yang sentiasa ayu dengan tudungnya. Aku pun nak juga!

Tapi, sebenarnya hati aku terbuka masa aku terserempak dengan Chairy atau nama Islamnya Aisyah. Aisyah merupakan seorang gadis yang berketurunan cina. Aisyah yang dulunya seksi giler tahap nak mampos dan memang seorang yang liar tahap singa, Alhamdulillah mendapat hidayah untuk berubah ke jalan yang lebih baik.

Dia sudah memeluk agama Islam, malah dia juga menutup auratnya dengan sempurna. Comel ja aku tengok dia bertudung. Katanya, dia tertarik dengan agama Islam selepas terdengar suara kanak-kanak tahfiz muda di televisyen. Dia kagum dengan suara mereka yang begitu lantang membaca ayat Al-Quran tersebut. Dia berminat untuk mendalami Islam, hinggalah hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam.

Dari situ aku tersedar, sedangkan Aisyah yang dulunya sangat berpegang kuat pada agamanya boleh memeluk Islam dan menutup aurat dengan sempurna. Aku? Yang terang lagi bersuluh Islam ni? Senang-senang ja dedah aurat dekat yang bukan muhrim. MasyaAllah, malunya aku nak berhadapan Aisyah selepas itu. Aku juga malu pada diri sendiri. Dahlia.. Dahlia.. apa kau dah buat ni? Kau nak tunggu orang suluh kau dengan tourch light lagikah? Kesian daddy..

"Lia?" Aku tersentak, mataku terbuntang memandang mummy di hadapanku. "Ya.. ya?" Kataku sambil tersengih, mummy menggeleng-gelengkan kepala.

"Haihh.. bila masa kamu jadi macam abang ni? Jauh menungnya tu! Jangan risau, buah hati belahan jiwa kamu tu sihat ja!" Aku ketawa mengekek. Aduh, blushing aku! XP "Sorry ma. Mummy cakap apa tadi?"

Apalah kau ni Dahlia. Kau jangan nak jadi macam abang mentadak kau tu, kuat berangan ok lagi, yang tak tahannya dia tu kuat perasan! XP

"Mummy cakap, kalau kamu nak pakai shawl ni biar mummy tolong." Mummy mencuit hidung aku, aku tersenyum lalu mengangguk laju. Yeayy! Yeayy! Mummy tolong! Rasa nak menari zapin pun ada bila ada orang tolong. Ya lah, sekurang-kurangnya tak adalah aku terlilit diri sendiri lagi T-T

Aku dan mummy menghadap cermin, mummy membantu aku melilit shawl sambil memberi penerangan cara-cara melilitnya dengan jelas dan lantang. Segala yang mummy katakan aku simpan di dalam kotak fikiran, harapnya tak lupalah XD Tapi, bila ditanya dari mana mummy belajar mummy cuma cakap..

"Rahsia lah.."

Hmm.. mummy ni pun kuat juga berahsianya yerr.. ada password rupanya. Ni kalau aku tanya macam mana mummy buat daddy jatuh cinta agak-agak mummy share tak? Pfft.. XP

"Ok siap!" Kata mummy teruja, aku tersenyum memandang diriku yang memakai shawl berwarna merah dipadankan dengan baju aku yang berwarna hijau forest dan jeans longgar berwarna hitam.

Mummy memalingkan aku menghadap ke arahnya, "Comelnya anak mummy." Mummy mencubit pipi tembamku. Aku genggam kedua-dua tangan mummy, "Mestilah comel, tengok siapa mummy dia." Ketawa aku dan mummy memenuhi ruangan bilikku. Perempuan an? Biasalah~

Calon Menantu Untuk MummyWhere stories live. Discover now