Bab 26

1.6K 55 2
                                    

"Datin menghidap kanser rahim tahap 1"

Hampir pitam aku dibuatnya,  terasa bagai hitam dunia apabila aku disahkan menghidap kanser rahim tahap 1. Lemah kaki untuk melangkah, kotak fikiranku juga masih terngiang-ngiang dengan suara doktor yang memaklumkan penyakit yang aku hidapi ini. "Ya Allah!" Nyaris aku terjatuh akibat terlalu lemah, "Bawa bertenang Puan. Kenapa ni? Rasa nak pitam?" Dua orang jururawat merangkul lenganku, kalau tiada mereka mungkin aku sudah jatuh tersungkur di atas lantai ini.

"Tak apa. Saya ok. Saya boleh jalan sendiri." Aku melemparkan senyuman segaris, mereka melepaskan genggaman tangan mereka pada lenganku. Aku perasan wajah mereka yang seakan tidak mahu membiarkan aku pergi seorang diri.

Namun, bukan itu persoalannya sekarang.

Persoalannya adalah, aku merupakan pesakit kanser rahim tahap 1. Doktor memaklumkan yang kanser itu berkemungkinan boleh ke tahap seterusnya pada bila-bila masa sahaja. Perkara ini benar-benar mengejutkan aku.

Apa yang lebih aku khuatiri adalah, kanser ini boleh membawa maut. Jadi, jika aku sudah tiada, siapa yang akan menjaga anak-anak aku? Siapa nak jaga makan minum pakai mereka? Siapa?

"Ouch!"

Aku kembali ke alam nyata apabila bahuku dilanggar seseorang. Nyaris aku terjatuh, mujur sahaja ada tangan yang menyambut. "Puan tak apa-apa?" Lembut sahaja dia mengucapkannya, "Minta maaf. Awak tak apa-apa?" Wanita yang melanggar bahuku tadi membantu aku untuk berdiri tegak, begitu juga tangan yang menyambut aku tadi.

Aku memandang tangan yang menyambut tadi, "Terima kasih." Ujarku kemudian memandang wanita yang melanggar aku tadi.  Seorang wanita yang mempunyai rambut keperangan dan panjang paras pinggang, tubuhnya ala-ala model antarabangsa dan berkulit putih pucat. Ketinggiannya juga lebih kurang dengan aku. "Saya ok. Tak apa." Kataku sambil tersenyum segaris, wanita itu merenung aku disebalik kaca mata hitamnya, tangannya masih setia menggenggan tangan aku.

Dia kemudian menanggalkan kaca mata itu dari tangkai hidungnya. "Kamaliya! Hey, ni sayalah Izlyn!" Aku terkejut mendengar suaranya, aku kenal suara ini. Malah wajah ini! Ya! Inilah sahabat lamaku, Izlyn! Ya Allah lamanya tak jumpa dia!

"Izlyn! Wah, lama tak nampak! Awak sihat?" Soalku lalu memeluknya, "Alhamdulillah sihat Liya. Awak? Maaflah, saya tak kenal awak mula-mula tadi. Sebab awak dah pakai tudung." Dia membalas pelukanku.

Aku tersenyum segaris, ya aku sudah mula mengenakan hijab sejak awal tahun ini. Hati aku terbuka saat aku mendengar doa Daniel pada satu subuh.

"Ya Allah ya tuhanku, kau ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihaniku semasa kecil. Ya Allah, kau berikan kami rezeki yang halal dan kesihatan yang baik. Kau hindari kami dari segala gangguan jin dan syaiton yang direjam, dari segala malapetaka dan dari segala maksiat ya Allah. Ya Allah, kau bukakanlah hati kedua-dua wanita yang aku sayangi untuk menutup aurat mereka dengan lebih sempurna. Kau kurniakan mereka hidayahmu untuk memakai tudung bagi menutup aurat mereka. Sesungguhnya engkau maha berkuasa lagi maha mengetahui ya Allah..."

Selepas sahaja mendengar doa itu, hati kecil aku tergerak untuk memakai tudung. Pagi itu juga aku ke butik muslimah dan membeli pelbagai jenis tudung. Sejak hari itu aku mula memakai tudung.

"Liya, awak ok kah ni?" Aku tersentak mendengar soalan Izlyn, terasa baru sedar dari mimpi. Ya, aku memang berharap semua ini adalah mimpi. Aku berharap bahawa aku adalah salah seorang penyakit kanser itu hanyalah mimpi. "Ok. Saya ok. Awak buat apa dekat hospital ni?" Soalku, "Suami saya kerja doktor dekat sini." Jawabnya.

"Awak dah kahwin?" Izlyn mengangguk mengiyakan soalanku. "Wow, congrats! Tapi, tak jemput saya pun!" Izlyn tersenyum segaris, "Alah sorry Liya. Saya tak tahu alamat awak kat mana lepas awak dan Addrian pindah. Lagipun, saya kahwin kat New York bukan kat Malaysia." Jelasnya.

Calon Menantu Untuk MummyWhere stories live. Discover now