Rizka mengangkat bakul yang dipenuhi dengan pakaiannya dan Daniel, selalunya Mak Jah yang akan meletakkan pakaian-pakaian tersebut di almari tetapi semua tugas itu telah diambil alih oleh Rizka. Bukan sahaja meletakkan pakaian di almari, malah tugas mengemas, siram pokok bunga, buang sampah, memasak, mencuci pakaian.. semuanya dia nak ambil alih. Sudah hampir 2 minggu Rizka bergelar menantu di rumah itu dan sepanjang tempoh itulah Mak Jah kadang-kadang sudah tak ada kerja yang nak dibuat. Dia hanya membantu Rizka sedikit-sedikit. Pada masa yang sama, Mak Jah sendiri rasa serba salah, Datin Kamaliya membayar gajinya mahal-mahal tetapi dia tidak melakukan tugasnya. Mujur Datin Kamaliya mengetahui sikap menantu perempuannya yang ringan tulang itu, tidaklah Mak Jah dicop mengambil kesempatan.
"Apasal bersepah ni? Suami aku ni ambil baju pun ganas sangat. Sampai jatuh semua baju dalam almari ni. Nak main dengan Edzan pun agak-agaklah cik abang oi.. Masya Allah.." Rizka menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat wardrobe mereka bersepah. Semasa dia sedang menaiki tangga sambil membawa bakul pakaian itu tadi, kebetulan Eric dan Syazana tiba bersama anak-anak mereka. Bukan main gembira Daniel bila berjumpa dengan anak buahnya yang cerdik itu, macam tak cukup tanah dia lari dari bilik ke ruang tamu.
Buk!
"Eh." Terkejut Rizka apabila terdapat sebuah buku yang terjatuh ke atas lantai, dia mencapai buku itu lalu ditatapnya lama. "Buku apa ni?" Omelnya sendirian, dia menoleh ke luar sebelum membuka kulit buku itu. "Diary Daniel erk??" Rizka tersengih, dia membuka kulit buku tersebut. "Wow, pandainya melukis." Puji Rizka sambil menatap lukisan keluarga yang dilukis dengan teliti dan kemas itu, Rizka ke helaian seterusnya, dia membaca cerita Daniel yang ditulis di atas kertas itu.
Dear, daddy.
Daddy dah pergi. Sekarang tinggal aku mummy dan Lia. Alhamdulillah, majlis pengebumian daddy berjalan lancar. Aku tak habis berlinangan air mata, melihat daddy pergi di depan mata sendiri, sungguh membawa seribu ketakutan dalam hidup aku. Meskipun daddy pergi dengan tenang, aku tetap takut. Melihat wajah tenangnya yang pergi buat selamanya itulah yang membuatkan kami semua mengalirkan air mata. Aku tahu, setiap yang hidup pasti akan mati. Semuanya sudah tertulis di takdir Allah. Daddy, daddy rehat ya? Dah lama daddy berperang dengan penyakit tu, sekarang daddy rehat. No perang-perang. Niel akan kuat. Niel akan kuat untuk mummy dan Lia. Kalau Niel tak kuat, Niel tak handsome kan dy? Haha.. Niel janji dengan daddy yang Niel akan pegang amanah daddy dan nasihat daddy Niel sematkan dalam hati. Terima kasih sebab tinggalkan amanah ni, Niel yakin amanah ni akan mengajar Niel jadi dewasa. Tugas daddy dah habis. Sekarang giliran Niel. Cerialah selalu daddy. Selalulah juga datang dalam mimpi kami, bagi kami senyuman yang indah supaya kami dapat ubati rindu ni. Meskipun sekadar mimpi, itu pun dah cukup. Mesti lepas ni Niel akan rindu pujukan daddy. 'Nanti tak handsome' mungkin perbualan kita hari tu adalah kali terakhir ayah sebut perkataan tu. Niel akan ingat semuanya dy. Terima kasih buat Niel jadi handsome :) tunggu Niel kat sana tau! Sayang daddy~
Aku tersenyum nipis, hati aku terasa sedikit sebak. Aku tau Daniel mesti rindukan daddy dia sangat-sangat, tapi dia selalu cover kerinduan tu dengan perwatakan ceria dia. Well, dia selalu nak nampak kuat. Macam aku tak tahu kadang-kadang dia mengigau pasal daddy dia masa tidur. Kadang-kadang sampai mengalir air mata. Daniel.. Daniel..
Dear budak otak robot,
Pergh! Gempak gila si Asry tu! Baru peperiksaan penggal pertama dah straight A's?! Otak robot kah apa budak tu. Sekali baca ja terus save dalam otak macam handphone. Uish! Tak boleh jadi, aku kena lawan juga budak Asry ni. Kau tunggu Asry! Kau tengok ja lah! Budak paling handsome dekat sekolah tu akan kalahkan kau! Kau tungguuuuuu
Aku ketawa mengekek. Hailaa.. suami aku ni. Masa tulis diary pun boleh puji diri sendiri? Hmm.. perasan betul! Entah macam manalah anak aku nanti.
Rizka melangkah beberapa helaian, semuanya adalah tentang suaminya semasa dia berada di sekolah menengah.
YOU ARE READING
Calon Menantu Untuk Mummy
Teen Fiction"Satu bulan" What?Menantu?Weyh! Aku bercinta pun tak pernah! Kenapa mummy tiba-tiba minta menantu? Aaaa!! Kusut fikiran aku jadinya! Aku sayang mummy, aku tak nak hampakan permintaannya. Tapi, apa yang harus aku lakukan? Tak kahwin, adik aku tak dap...