Fatihah mencapai handphonenya yang berbunyi minta diangkat, terpapar nama 'Suami' di skrin. Dengan kadar segera dia menyambungkan panggilan itu.
"Assalamualaikum, abang. Ada apa abang?"-Fatihah
"Waalaikumsalam, Fatihah. Busy kah sayang?"-Zulfiqar
"Tak juga. Kenapa?"-Fatihah
"Fatihah, tadi kak Fatin ada call."-Zulfiqar
"Kak Fatin? Ada apa?"-Fatihah
"Dia kata.. mak sakit."-Zulfiqar
"Astaghfirullah.. sakit apa?"-FatihahFatihah terus mengemas barang-barangnya, terkejut dia mendengar berita ibunya yang sedang sakit di kampung.
"Baiklah, saya bagitau dekat Daniel dulu. Abang bawalah apa yang perlu. Anak-anak biar saya urus. Assalamualaikum."-Fatihah
Fatihah tergesa-gesa menuju ke bilik Daniel, apabila dia membuka pintu, Daniel yang sedang bekerja itu terus memandang dirinya. "Ya Allah, maaf Daniel. Akak lupa nak ketuk."
Fatihah melangkah ke dalam bilik mendekati Daniel, "Tak apa. Ada apa kak? Kenapa kelam kabut ni?" Daniel terus memberi tumpuan kepada Fatihah, dia sedar riak wajah Fatihah yang seakan ada masalah itu. "Daniel, akak nak minta cuti boleh? Mak akak sakit dekat kampung." Jelas Fatihah.
"Ya Allah. Sakit apa?" Soal Daniel, "Tak tahulah Daniel. Kakak akak cakap mak akak jatuh tangga lepastu pengsan. Sampai sekarang masih dekat hospital."
"Astaghfirullah.. baiklah. Akak hati-hati ya. Saya doakan mak akak cepat sembuh. Sampaikan salam saya pada abang Zul." Daniel mengukir senyuman, "Terima kasih Daniel. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam." Selepas aku menjawab salam, Kak Fatihah berlalu pergi. Aku tau macam mana risaunya Kak Fatihah. Ya Allah, mudah-mudahan tak ada apa-apa. Kau permudahkan segala urusan hambamu.
Daniel ingin mencapai handphone nya yang terletak di hujung meja, niatnya adalah untuk menghubungi Datin Kamaliya. Namun..
Pap!
Handphone itu jatuh ke atas lantai, tangan Daniel laju mencapai handphone tersebut. "MasyaAllah, retak!" Daniel merenung bahagian yang retak tersebut lalu menekan lock screen, tiba-tiba perasaan tidak baik menyelubungi hati Daniel apabila melihat retakan pada skrin yang menyala itu dengan gambar Datin Kamaliya sebagai wallpaper handphonenya.
****
Datin Kamaliya keluar dari perut kereta, setelah itu dia mengunci keretanya. Kunci kereta itu disimpan di dalam handbag berjenamanya yang disangkut di bahu.
Vrooom!!
Datin Kamaliya terus menoleh ke kiri akibat terkejut dengan sebuah motosikal yang dipandu laju melepasinya. "Masya Allah, bahayanya." Datin Kamaliya menggeleng, dia mengatur langkah menuju ke pintu masuk shopping mall. Dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan Izlyn di sebuah restoran. Langkahnya terhenti saat handphonenya tiba-tiba berdering. Dia menyeluk handbag bagi mencari handphone nya.
"Mana ni?" Datin Kamaliya melihat ke dalam handbagnya apabila ia sukar dicari...
Vrooom!!
"Aaarghhh!!!"
Datin Kamaliya jatuh tersungkur di atas jalan apabila dia ditolak oleh penunggang motosikal yang melepasinya tadi, kepalanya terhentak pada simen jalan tersebut, darah mengalir keluar di sebalik tudungnya. "Tolong.." suara Datin Kamaliya sayup-sayup kedengaran, dengan kawasan yang agak sunyi itu, mustahil ia dapat didengari sesiapa.
"Cik!" dia dapat menangkap satu suara memanggilnya sebelum dia pengsan.
****
"Niel, kau pe hal? Gelisah ja aku tengok." Soal Asyraf yang duduk di hadapannya, Daniel menggeleng laju. Matanya sekejap memandang skrin, sekejap dilekapkan di telinga. "Kau call siapa?" Kali ini Wafiy pula menyoal.
YOU ARE READING
Calon Menantu Untuk Mummy
Ficção Adolescente"Satu bulan" What?Menantu?Weyh! Aku bercinta pun tak pernah! Kenapa mummy tiba-tiba minta menantu? Aaaa!! Kusut fikiran aku jadinya! Aku sayang mummy, aku tak nak hampakan permintaannya. Tapi, apa yang harus aku lakukan? Tak kahwin, adik aku tak dap...