Bab 18

1.8K 63 3
                                    

Aku menatap skrin handphoneku dengan penuh perasaan rindu, mana tak nya dekat skrin tu terpampang gambar buah hati yang kini nun jauuuuh di Sabah.

Haih.. bila lah nak balik princess aku ni?

Busy sangat sampai aku pun terabai. Huhu..

Tak apalah Zim.. dia pergi bercuti! Lawat nenek dia! Dah.. dah.. tak payah fikir bukan-bukan!

Daniel ada jaga dia. Dia mesti tau benda tu..

Jaga hati

Jaga mata

Jaga iman

Bagilah dia chance, sebelum ni pun dia ok ja kan layan kau? Tak apa.. think positive!

Bak kata lagu Syed Shamim tu..

Jadi tak mahu ragu-ragu sayang.. aku tetap di sini..

"Opocott!"

Terkejut aku, tiba-tiba ja lagu Dessert by Dawin and Silento ni berbunyi.

Aku pandang skrin.

Tertera nama

Nazif

"Hello?"-Tengku Azim
"Hello my brother! What's up?!"-Nazif
"Kau kenapa? Tesampuk? Happy semacam nampak."-Tengku Azim
"Hehe.. teman aku gi mall!"-Nazif
"For?"-Tengku Azim
"Jumpa awek."-Nazif
"Ha?? Awek mana?"-Tengku Azim
"Alaa.. ada ni awek yang aku ayat dekat Wechat. Dia dah setuju nak jumpa aku. Jom lah teman aku. Dia ada bawa cousin dia. Seganlah aku jumpa dua perempuan."-Nazif
"Ceyh! Takkan tu pun kau nak kecut! Buktikanlah yang kau tu gentleman! Setakat dua awek tu, lek arr.. buat apa nak kecut? Ayat dia boleh, jumpa kecut pula!"-Tengku Azim
"Hamboi Tengku Azim.. tau lah dia tu bekas playboy berjaya."-Nazif
"Ni bukan masalah aku ni playboy kah, bekas playboy. Ni pasal kau tu, pengecut!"-Tengku Azim
"Dah tahu aku pengecut, tolonglah aku!"-Nazif
"Ok boleh. Tapi bawa Wafiy, Adib dengan Acap sekali. Biar kitorang tengok, macam mana kau ayat awek!"-Tengku Azim
"Roger!"-Nazif

****

Nazif memerhati jam pada pergelangan tangannya, ada lagi 10 minit sebelum waktu yang dia dan perempuan itu tetapkan untuk berjumpa.

Matanya mengerling kawan-kawannya di meja sebelah, hanya Wafiy, Acap dan Tengku Azim yang menemaninya. Adib? Kerja maa~

Ting!

Nazif membuka mesej yang baru diterimanya.

"Good luck bro! Jangan pengsan pula! Wkwkwk"-Wafiy

Nazif menjeling Wafiy.

"Kau hengat aku takut sangat sampai macam tu kah? -,-"-Nazif

Pandangan Nazif tertarik pada susuk tubuh yang sedang melangkah ke dalam restoran tersebut.

Seorang perempuan, berkasut tumit tinggi, bertudung bawal warna blue turqoise, memakai baju berwarna royal blue digandingkan dengan skirt labuh berwarna putih.

OMG!

Cantiknya!

Perasaan gemuruh menyerang aku tiba-tiba, haihh.. macam manalah pula aku boleh ayat seorang muslimah?

Untungnya kalau jadi dengan dia ni..

"Nazif?" Aku tersentak plus gelabah.

Tiba-tiba aku kelam kabut berdiri depan dia, ish.. buat malu ja lah Nazif! Dia tengok kau pun lain-lain dah!

"Na.. Nadia?"

Grrr! Gagap pula! Tagunee!

"A'ah." MasyaAllah! Bidadari kah apa? Senyuman dia..

Calon Menantu Untuk MummyWhere stories live. Discover now