Suraya memandang kad jemputan perkahwinan Daniel dan Rizka, dia merenung kad itu tajam. Perasaan dendamnya semakin dalam terhadap bakal suami isteri itu, "Kau tunggu Rizka Rafiah!" Seraya itu dia merenyukkan kad tersebut lalu mencampaknya ke tepi. Dia menongkat kepalanya pada meja lalu memejamkan mata, dia cuba mengawal perasaan marah yang semakin menjadi-jadi itu terlebih dahulu.
Asry mencapai kad jemputan yang direnyukkan oleh Suraya tadi, dia tersenyum sinis memandang nama Daniel♡Rizka yang tertera pada kad tersebut. Hujung kad itu dia kenakan pada hidung Suraya, Suraya terkejut lalu memandang Asry yang berdiri ditepi meja.
"Kan aku dah kata.. kau tak percaya." Asry duduk dihadapan Suraya, "Pe hal nak jumpa? Kau nak bawa aku hancurkan wedding dorang ni kah?" Suraya tersenyum sinis. "Bijak juga you ni." Asry menjongket keningnya, "Oh, lupa. Budak straight A." Kata Suraya sinis.
"So, kau nak buat apa? Aku dah tak sabar nak hancurkan wedding dorang ni." Asry meletakkan kad jemputan itu ditepi, dia kini focus kepada Suraya. "Aku tak kira. Aku nak kita buat kacau masa majlis dorang tu esok. Aku takkan biarkan dorang kahwin!" Asry diam seketika, "Aku ok ja. Apa plan kau?"
Suraya merenung orang yang lalu-lalang diluar restoran tersebut, fikirannya sudah merancang sesuatu untuk menghancurkan hari bersejarah buat Daniel dan Rizka. Bukan sahaja mereka, malah hari bersejarah buat Tengku Azim dan Dahlia jua.
Asry memandang wajah Suraya, daripada mata, hidung dan bibir. Kemudian matanya jatuh pada tubuh Suraya yang berpakaian tidak cukup kain itu, satu perasaan timbul dalam dirinya. Dia mengukir senyuman penuh makna.
******************************
Rizka merenung dirinya di cermin meja solek. Pandangannya jatuh pada tubuhnya yang disarungi baju kurung modern berwarna putih dihiasi manik-manik dan wajahnya yang sudah disolek dengan alat solek. Tangan kanannya diletakkan pada dada kirinya, dia dapat rasakan degupan jantungnya yang kuat itu.
Ya Allah, betulkah apa yang aku buat ni? Sampai bila aku mampu bertahan?
"Rizka." Rizka memandang Puan Izlyn yang berjalan masuk ke dalam biliknya melalui cermin meja solek, Puan Izlyn tersenyum saat melihat Rizka yang berbaju kurung modern dan wajahnya yang disolek itu. "Cantiknya anak mama." Rizka tersenyum nipis, dia dapat merasakan Puan Izlyn benar-benar gembira saat itu. Tapi bagi dirinya? Dia pun tidak pasti dengan hatinya yang masih ragu-ragu itu. Gembira? Sedih? Semuanya bercampur baur.
"Rizka, lepas ni Rizka kena dengar cakap suami Rizka tau? Jangan selalu gaduh-gaduh. Jaga dia macam mana Rizka jaga diri Rizka. Mama doakan kamu berdua sentiasa bahagia. Insya Allah.." Rizka tersenyum nipis, "Insya Allah, mama." Katanya dengan nada suara yang bergetar. Tangannya terus memeluk tubuh Puan Izlyn, Puan Izlyn membalas pelukan anaknya itu. Belakang Rizka diusap penuh kasih.
"Arrghh! Nervous!!" Aku dan Ayoy mentertawakan Daniel yang daripada tadi kelihatan gelisah. Hailaa.. cousin aku ni. Daripada tadi betulkan samping, betulkan songkok, jalan sana, jalan sini, kejap berdiri, kejap duduk.. tu belum masuk masa mandi tadi. Entah apalah yang dia buat lama sangat dekat dalam tu. Mandi nak dekat satu jam! Berkali-kali kena ketuk. Bila ditanya, dia jawab nervous Aduii.. pening kepala!
"Woi, lek lah! Sakit mata aku tengok kau macam ni." Ayoy menepuk bahu Daniel yang masih keresahan itu, dia memandang kami berdua. "Ish, aku tak dapat control lah! Hati aku ni pula buat hal. Dup, dap! Dup, dap! Ja dari tadi." Aku menjentik dahi Daniel dengan jari telunjuk kananku, "Hoi! Sakitlah bengek!" Marahnya sambil menngusap dahinya yang dijentik itu.
"Sakit? Padan muka! Kau ni cubalah fikir logik sikit. Kira ok lah jantung kau dup dap dup dap. Daripada tak ada dup dap langsung? Gali kubur lah jawabnya." Kataku disusuli ketawa Ayoy, "Uish, janganlah! Kau ni, boleh jadi doa tu!" Aku tersenyum senget. "Dah tu? Janganlah bengek sangat, bengek!"
YOU ARE READING
Calon Menantu Untuk Mummy
Teen Fiction"Satu bulan" What?Menantu?Weyh! Aku bercinta pun tak pernah! Kenapa mummy tiba-tiba minta menantu? Aaaa!! Kusut fikiran aku jadinya! Aku sayang mummy, aku tak nak hampakan permintaannya. Tapi, apa yang harus aku lakukan? Tak kahwin, adik aku tak dap...