Bab 57

2.1K 59 0
                                    

Rizka membuka pintu bilik beradunya dan Daniel, dia menekan suis lampu memandangkan suasana bilik gelap. Terbuka sahaja lampu, terkejut dia apabila melihat Daniel sedang duduk di atas sofa sambil memandangnya tajam. Hatinya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Baru jumpa jalan balik?" Daniel tersenyum sinis lalu bangkit dari duduknya, dia menghampiri Rizka yang berdiri di hadapan pintu. "Ma.. maaf awak." Rizka menunduk, takut dia mahu mengangkat mukanya dan memandang wajah Daniel yang menyeramkan itu. "Maaf? Siapa izinkan awak keluar? Tak bagitau saya pun."

Mulut Rizka terkunci, dia terus menunduk memandang lantai. "Handsome sangatkah lantai tu?" Daniel maju selangkah, Rizka pula berundur selangkah menyebabkan dia tersandar pada pintu. "Rizka Rafiah, jawab!" Daniel mula bersuara tegas, dia mengunci pergerakan Rizka dengan menggunakan tangan kiri dan kanannya.

"Sa.. saya dah bagitau awak.. sob.. saya dah call, sms dan whatsapp awak.. tapi awak ta.. jawab.. sob.." Rizka mula bersuara dengan suara yang serak kerana menangis, Daniel berundur selangkah. Terkejut dia melihat Rizka tiba-tiba menangis.

Alamak, menangis lah pula! Aku baru nak usik.

"Eh, Rizka!" Daniel mengejar Rizka yang tiba-tiba berlari keluar, larian Rizka yang tidak setanding larian Daniel itu memudahkan Daniel untuk menahannya. "Wait, tunggu! Janganlah lari!" Daniel menggenggam tangan Rizka, Rizka menghadap Daniel.

"Lepaskan saya! Awak jahat! Awak jahat Daniel! Lepaskan saya! Saya benci awak!" Rizka meronta-ronta minta dilepaskan, melihat keadaan Rizka sedemikian, Daniel terus menariknya ke dalam pelukan. Dia berhenti melawan tetapi terus menangis. "Shuut.. jangan nangis. Saya main-main ja tadi tu. Saya tak maksudkan pun. Saja nak usik awak."

Rizka menolak tubuh Daniel, dia memandang Daniel dari atas ke bawah. "Sayang, abang main-main ja tadi. Abang bukan marah betul-betul pun. Mari sini." Daniel cuba menggenggam tangan kanan Rizka namun pantas sahaja tangannya ditepis, "Saya tak suka awak main macam tu." Rizka berkata dalam nada serious tetapi air matanya masih mengalir. Perasaan serba salah terus menyelubungi hati Daniel, menyesal dia bergurau tadi.

"Rizka, Daniel. Kenapa ni?" Datin Kamaliya yang terdengar suara Rizka meronta-ronta tadi terus keluar selepas selesai sahaja menunaikan solat Maghrib. "Tak ada apalah mummy." Rizka berlalu pergi meninggalkan Daniel dan Datin Kamaliya di ruang tamu tingkat itu. Hilang sahaja bayang-bayang Rizka, Daniel mengerling Datin Kamaliya yang sudah berpeluk tubuh itu.

"Now tell me what happened, Daniel Afzari Bin Addrian Zulkiflee."

Alamak, nama panjang dah diseru!

Padan muka kau Daniel 😂😂

Kuang hajo, kau diam author!

Bahahahaha 😂😂

***

"Kita cerai."

"What? No. Saya takkan bercerai dengan awak cuma sebab perempuan tu!"

"Jadi awak nak apa lagi Liza?! Awak dah tahu saya curangkan? Tu maksudnya saya dah tak ada hati dengan awak! Saya dah tawar hati dengan awak!" Datin Eliza terdiam, hatinya bagaikan ditusuk sebilah pisau yang halus dan tajam.

"Sampai hati awakkan? Apa salah saya? Saya tak curang pun dengan awak. Kenapa awak.. sanggup curang?" Air mata mula bertakung di birai mata Datin Eliza, hatinya terasa begitu sakit.

"Apa salah awak? Awak faham tak apa yang Suraya cakap tadi? Awak tak ada pun di masa-masa bahagia anak-anak kita. Awak sebok dengan kerjaya. Saya ni? Lagilah awak tak layan. Awak cuma akan balik dan minta wang daripada saya. Awak ingat saya tak tahu yang awak guna wang syarikat? Saya tahu Eliza! Saya tahu! Tapi sebab saya sabar dan masih hargai awak sebagai isteri saya, saya diam! Tapi sayang.. hati saya dah tawar. Perasaan cinta saya pada awak dah lama terpadam. Sebab tu saya cari yang lain. Cuma tunggu masa ja untuk bagitau awak, sebab saya tak nak awak terkejut dan saya masih fikirkan anak-anak kita. Sebab saya masih waras Eliza.."

Calon Menantu Untuk MummyWhere stories live. Discover now