Bab 10

4.6K 101 16
                                    

Tinggi~ Tinggi~ Gunung Kinabalu~ Tinggi lagi sayang sama kamu~ Biru-biru hujung Kinabalu~ Tengok dari jauh~ Hati saya rindu~

Finally! Hello.. Sabah!

Wuu~ lama tak balik Sabah.. last rasanya masa raya tahun lepas. Tapi masa tu pun 4 hari ja agaknya. Huhu..

But now, here we are! Sabah Negeri di Bawah Bayu!

Jam menunjukkan pukul 10:30am, lapangan terbang ni sesak dengan orang ramai yang baru sahaja turun dari kapal terbang.

"Kita makan KFC ja lah.. tengahari sudah ni. Kalau mau cari makan tempat lain, sasak ni jalan sekarang." Ucu mengerling jam tangan yang terikat kemas di pergelangan tangan kanannya.

"Ok!" Jawab kami semua serentak dengan nada yang sangat teruja. Nenek aku hanya tersenyum memandang kami semua. Ya lah.. First kami teruja sebab lama dah tak pergi Sabah, second, ticket kapal terbang ucu belanja yoww! Hahaha!

Kami menjamu selera di KFC, Lapangan Terbang Kota Kinabalu, atau bahasa inggerisnya, Kota Kinabalu International Airport (KKIA) bahasa Koreanya.. aku tak tahu. Tanya anak buah pak cik google dan mak cik chrome, si google translate.

"Kamu mau balik beaufort teruskah.. atau mau jalan-jalan lagi?" Soal ucu.

"Jalan-jalan!" Jawab Lia, Miza dan Sai dengan terujanya dengan lantangnya dengan gediknya. Nasib gedik buat-buat kalau betul-betul aku sepak pergi Gunung Kinabalu -,-

"Kamu setuju?"

Aku, Ayoy dan Dino mengangguk serentak.

Malas nak banyak komen yang kami tau kami lapar!

Lagipun.. Apa salahnya an jalan-jalan kejap?

Cuci mata.. manatau jumpa jodoh yang sesat tu.. hehe

"Mama?" Ucu menyoal nenek pula.

"Hmm.. boleh jua bah. Bisidia ani pun kan jarang mulih." (Bisidia-mereka, Mulih-pulang)

"Yeayy!!"

***

Ucu bawa kami jalan-jalan pergi Centre Point (CP) dulu, katanya dekat sini banyak barang yang best-best, dan ucu memang selalu lepak sini dengan.. tutt.. tutt.. ucu tak cakap pun dengan siapa. Tapi aku syak balak ucu.

"Niel tengok ni, macam kau! Haha!"

Ceyh! Monyet tu juga kau samakan dengan aku?

"Ha! Yang ni sama dengan kau!"

Aku tunjukkan dia patung monyet yang berhidung panjang, atau probosisc monkey entah hentamlah ejaannya macam mana atau bayau. Biasa dekat kampung aku panggil binatang ni bayau.

"Edidih, macam pranak bah!(macam budak-budak) Bah surung! (Surung-jalan)" ucu melarang aku dan Dino, betul juga. Sebab pekerja dalam kedai tu pun nampak sangat sedang menahan ketawa menonton wayang dimana pelakonnya adalah aku dan Dino si bayau. Hehe.. buat malu ja lah jatuh standard handsome aku '-,-

Sepanjang hari kami berjalan, tak terasa hari dah semakin petang. Banyak juga tempat kami pergi, Imago, Suria Sabah macam-macam lah lagi. Tapi.. aku cuma beli rap cap ni ja -,- Hahaha.. FYI aku memang tak pandai shopping, aku cuma akan beli apa yang menarik perhatian aku dan terus beli.

Yang suka shopping lebih-lebih ni, ni lah.. Dino, Sai, Lia dan Miza. Ayoy tu sikit-sikit lah, tengok mood. Tapi kali ni mood dia baik, jadi banyaklah dia shopping -,- perrghh! Penuh kereta dengan bakul shopping dorang ni. Berapa mak bapa korang bagi duit ha?

Yang sorang tu.. apa nama dia? Lia? Mana kau dapat duit? Ini tidak adil!

Hmm -,-

Pemandangan matahari terbenam menarik perhatianku yang sedang keletihan ni. Tiba-tiba rasa nak upload gambar pergi insta pula.

Calon Menantu Untuk MummyWhere stories live. Discover now