Aku melangkah menuju ke pantry, susuk tubuh Rizka yang melangkah ke pantry tadi aku ikuti.
"Rizka Rafiah!" Aku bersuara tegas, Rizka dan beberapa orang pekerja wanita di dalam pantry turut menoleh. Rizka yang sedang membancuh air itu hanya mengeluh, dia memandang ke hadapan semula. Aku melepaskan keluhan kasar, beberapa pekerja wanita tadi aku jeling. Kelam kabut mereka keluar dari pantry, pucat jugalah muka dorang. First time kot tengok muka aku yang macam ni.
Setelah mereka pergi, aku mendekati Rizka. Tangannya yang berlapik aku genggam dan aku tarik, "Ikut saya." Kataku tanpa memperdulikan rengekannya yang kesakitan. "Daniel, awak nak bawa saya pergi mana? Lepas! Sakitlah!" Aku terus mengheret dia tanpa memperdulikan orang di sekeliling, lantaklah apa dorang nak kata.
Bila tiba di meja Rizka, tangan aku sepantas kilat mencapai handbag dan handphone nya, tetapi tangan kiriku masih menggenggam pergelangan tangannya. "Daniel awal buat apa ni?!" Aku terus mengheret Rizka, Rizka hanya menurut walaupun dia cuba melawan. Adib yang hendak keluar dari biliknya terus terhenti bila melihat aku dan Rizka. Dia memandang aku sambil menjongket kening, bila masuk ke kawasan menunggu lif, aku bertemu dengan Nazif. Dia juga melakukan reaksi yang sama, tapi dia melihat aku sambil berjalan.
"Daniel? Rizka?" Riak wajah yang kehairanan itu bertukar kepada ceria, Nazif terus berlari-lari anak mendapatkan Adib. Tak lain tak bukan, gosip -,-
***
"Kenapa awak bawa saya pergi rumah awak ni?" Aku mengeluh lalu menanggalkan tali pinggang keselamatan, "Ikut ja lah Cik Cappucino. Jom." Aku membuka pintu lalu menuju ke tempat duduknya. Dengan muka blank itu dia memandang aku, tetapi langkahnya menurut.
Di dalam rumah, kedengaran gelak ketawa mummy bersama seseorang, aku dan Rizka menuju ke ruang tamu. Oh, aunty Izlyn rupanya, baguslah ni.
"Niel, what happened? Kenapa Niel dengan Rizka ni?" Mummy menyoal aku, aku hanya diam dan memandang aunty Izlyn. "Daniel, ada apa?" Nafas aku tarik sedalam-dalamnya..
"Niel nak kahwin dengan Rizka."
Terhenti terus langkah Dahlia dan Tengku Azim, mereka berpandangan sesama sendiri. Wajah mereka seakan tidak percaya dengan kata-kata yang dikeluarkan Daniel.
"Niel, serious kah ni?" Datin Kamaliya menyoal mahukan kepastian, Puan Izlyn sudah menguntum senyuman, Rizka? Sememangnya dia amat terkejut, pelbagai persoalan timbul di kotak fikirannya. Daniel mengangguk beberapa kali mengiyakan soalan Datin Kamaliya.
"Rizka setuju?" Rizka memandang Datin Kamaliya, baru sahaja dia hendak membuka mulut..
Tup!
"Dia setuju mummy! Jangan risau." Daniel terus menutup mulut Rizka dan menjawab soalan Datin Kamaliya, "Alhamdulillah!" Mereka semua menoleh memandang Tengku Azim dan Dahlia. Tersenyum lebar mereka berdua nampaknya.
Rizka yang melihat peluang itu terus menggigit tangan Daniel, "Arrghh!!" Daniel terkapai-kapai kerana kesakitan, dilepaskannya tangan yang dilekapkan pada mulut Rizka tadi. "Rizka tak setuju mama! Aunty!" Riak wajah mereka semua berubah terkejut, Rizka memandang Daniel. "Awak ingat saya mainan? Saya tak tahu apa-apa pun tiba-tiba bawa saya kahwin! Awak fikir saya nak?!"
"Rizka, behave!" Puan Izlyn terus berdiri, malu dia apabila Rizka tiba-tiba menengking Daniel. "Mama, dia nak kahwin dengan Rizka tapi dia tak bagitau Rizka pun. Rizka tak nak dia mama." Daniel tersenyum, "Awak tak nak saya, tapi saya nak awak." Mereka semua memandang Daniel yang beriak bersahaja itu.
"Daniel, cakap dengan mummy sekarang. Rizka tahu tak pasal ni?" Daniel mengeluh, Rizka pula sudah laju menggeleng. "Manada aunty, dia tiba-tiba ja culik Rizka tadi." Rizka bersuara tegas, "Mestilah tau mummy, kitorang dah couple lah." Rizka terus memandang Daniel yang dianggapnya seakan kurang waras itu. "Hey, awak dah gilakah apa? Jangan nak membohonglah Daniel, kita just kawan ok!"
YOU ARE READING
Calon Menantu Untuk Mummy
Teen Fiction"Satu bulan" What?Menantu?Weyh! Aku bercinta pun tak pernah! Kenapa mummy tiba-tiba minta menantu? Aaaa!! Kusut fikiran aku jadinya! Aku sayang mummy, aku tak nak hampakan permintaannya. Tapi, apa yang harus aku lakukan? Tak kahwin, adik aku tak dap...