Bab 58

2.6K 74 0
                                    

Rizka berada di satu sudut di dalam sebuah bilik yang gelap dan suram, dia memeluk kakinya, badannya pula menggeletar akibat ketakutan. Deruan nafasnya semakin kuat kedengaran, peluh pula mula memercik keluar.

Click!

Rizka mendongak memandang pintu bilik yang dibuka oleh seseorang, wajahnya tidak kelihatan akibat silau, namun susuk tubuhnya kelihatan besar dan berotot. Rizka semakin tenggelam dalam ketakutannya tetapi matanya masih memandang wajah yang tidak kelihatan itu.

Dia menghampiri Rizka selangkah demi selangkah, perkara tersebut membuatkan Rizka semakin mengundur ke belakang meskipun tiada ruang lagi untuk dia berganjak.

"Tolong.. jangan.." hanya dalam nada berbisik Rizka mampu bersuara, dek kerana dia terlalu takut. Tangan sasanya cuba menyentuh Rizka, senyuman sinisnya jelas kelihatan. Rizka menyorokkan wajahnya dan menggeletar ketakutan, dia dapat rasakan tangan sasa itu menggenggam lengannya.

"Rizka! Rizka!"

"Arrghh!!" Rizka menjerit sekuat hatinya sebaik sahaja dia terjaga dari tidur, "Hey, kenapa ni?!" Daniel cuba menenangkan Rizka yang menolak tubuhnya ke tepi. "Rizka, ni sayalah. Daniel!" Daniel berdiri di tepi katil, sementara Rizka duduk di bucu katil. Daniel mengerutkan dahinya, wajahnya jelas kelihatan bingung melihat Rizka yang menggeletar, berpeluh dan meracau-racau tadi.

"Awak mengigau ni. Bangunlah, dah subuh." Daniel duduk di sisi katil, dia memandang wajah Rizka yang pucat. "Daniel.. saya takut." Adu Rizka sambil memandang suaminya, Daniel mengerutkan dahinya kemudian dia duduk bersila di atas katil. "Awak takut apa? Dah, tak ada apa-apa. Mainan mimpi ja tu." Daniel mengusap rambut Rizka, Rizka memejamkan matanya. Mindanya kembali teringatkan seseorang yang berbadan sasa itu.

"Daniel.." Rizka menarik tangan Daniel lalu memeluknya, terkejut juga Daniel dibuatnya tetapi dia hanya membiarkan perkara itu.

Alamak, Rizka! Aku dah ambil wuduk tadi. 😅

"Shuuut.. dah tak ada apa-apalah. Lupakan. Jom solat. Tak mau macam ni, tak mau!" Daniel mencuit hidung kecil Rizka, terus memerah wajah Rizka dibuatnya. "Aik, merahnya muka. Comel." Daniel bangun dari katil, dia berjalan menuju ke bilik air dengan wajahnya juga yang terasa panas.

Rizka memandang pintu bilik air yang ditutup Daniel tadi, kemudian dia termenung sendiri.

Semalam aku dah sakitkan hati dia, tapi dia still layan aku baik walaupun ayat dia macam kecewa sangat semalam. Dah lah Rizka, aku tak rasa kau boleh sembunyi lagi. Luahkan ja semuanya pada Daniel. Dia baik.

"Ehem! Termenung apa tu?" Rizka tersentak, dia memandang Daniel yang berdiri di hadapan pintu. "Tak.. tak ada apa-apa. Hehe." Rizka tersengih, dia menuju ke bilik air tetapi matanya memerhati Daniel yang membentang sejadah. Wajah Daniel yang basah akibat air wuduk mencairkan hatinya, lebih-lebih lagi bila rambutnya jatuh ke hadapan, ditambah lagi dengan wajah segarnya yang baru bangun tidur.

"Aduh!" Rizka meletakkan tangannya di dahi apabila terlanggar pintu bilik air, asyik sungguh dia mengintai suami sendiri sampai terlanggar pintu bilik air. "Awak ok kah? Kenapa sampai terlanggar tu?" Soal Daniel sambil memakai songkok di kepala, "O.. ok." Rizka tersenyum malu. Dia memulas tombol pintu dan cepat-cepat masuk ke dalam.

Hati Daniel bagaikan berbunga-bunga melihat senyuman Rizka, untuk hari ini sudah dua kali isterinya tersenyum untuk dirinya.

Haihh.. Rizka ni. Mudah-mudahan khusyuk solat aku.

Kenapa Niel? Cair?

Diamlah!

😂😂😂😂

****

Rizka mencari kelibat Daniel di dalam bilik mereka, namun tidak kelihatan. Dia membuka pintu bilik air dan pintu sliding balkoni, tetap juga tidak kelihatan. "Mana dah suami aku ni.." bebel Rizka seorang diri, dia keluar dari bilik dan terpandang pintu bilik tetamu yang terbuka.

Calon Menantu Untuk MummyWhere stories live. Discover now