Bab 5: Saya Minta Maaf, Encik!

906 30 3
                                    

Bab 5

NOAH tersenyum sendiri saat membaca mesej kiriman Audrey malam itu. Semenjak pertemuan mereka petang tadi setelah sekian lama terpisah, semua memori lama mula melimpah-limpah masuk ke dalam minda.

Lelaki itu ingat lagi sewaktu kali pertama dia menghantar surat cinta kepada Audrey sewaktu di sekolah menengah. Punyalah segan dibuatnya apabila Audrey datang ke kelasnya keesokan hari untuk membalas surat cintanya.

Memang apa yang mereka ada waktu dahulu hanyalah kenangan cinta monyet mereka tetapi itulah yang membuatkan setiap kenangan yang mereka ada itu manis. Audrey adalah cinta pertamanya.

Tetapi, hubungan yang ada itu tidak berpanjangan kerana ibu bapa Audrey mahu anak perempuan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Awalnya, Audrey dan Noah fikir mereka boleh mengekalkan hubungan cinta mereka walaupun terpaksa berjauhan. Tetapi, dugaan hubungan jarak jauh ternyata sangat mencabar.

Akhirnya, Noah dan Audrey memilih untuk memutuskan hubungan mereka. Audrey tetap di Australia untuk menyelesaikan kuliahnya, manakala Noah pula berkuliah di Johor.

Hampir sepuluh tahun mereka tidak berjumpa sehinggalah pertemuan mereka di restoran makanan Itali petang tadi. Kedengaran bunyi pintu biliknya dikuak tatkala Noah sedang enak dibuai lamunannya sendiri.

Dia terus menoleh ke arah pintu melihat Armann yang sudah berdiri di situ. Dia letak iPhone-nya semula ke sisi sebelum menjungkitkan kening.

"Kenapa?" Dia menyoal ringkas.

"Selalunya waktu-waktu macam ni kau dah tercongok dekat depan televisyen. Buat apa memerap dalam bilik hari ni," tanya Armann pula, curiga dengan perubahan sikap Noah hari ini. Dah lah balik awal, duduk pula dalam bilik sepanjang petang.

"Aku letih. Saja nak rehat sekejap."

"Ya ke? Macam tak boleh percaya. Tu dah kenapa sorok-sorok telefon tu? Bagi tahu aku apa yang kau asyik berahsia ni."

"Yang kau ni tiba-tiba saja nak jadi polis pencen ni kenapa pula?"

Armann sekadar menggelengkan kepalanya. "Suka hati kaulah. Aku nak keluar kejap. Ada date dengan Lisa yang kita jumpa masa blind date hari tu," kata Armann yang sudah tersengih seperti kerang busuk.

"Bungkuskan aku maggi goreng ke apa sebelum balik nanti."

"Tengoklah kalau aku ada duit lebih."

"Berkira betul kalau aku minta kirim makanan ke apa," kata Noah.

Dia kembali mencapai telefon bimbit yang dia campak tadi di sebelah setelah melihat Armann sudah hilang pandangan lalu kembali menaip mesej untuk dihantarkan kepada Audrey yang sudah lama menunggu.

Lama dia menunggu Audrey untuk membalas mesejnya namun tiada balasan yang dia terima walaupun selepas menunggu hampir lebih 15 minit. Akhirnya, Noah berputus asa dan kembali ke ruang tamu untuk menonton televisyan.

Mungkin Audrey dah tidur agaknya, teka Noah dengan nada kecewa. Dia capai alat kawalan jauh dan mencari saluran kegemarannya. Sedang dia asyik menonton Sherlock Holmes di televisyan, telefon bimbit di atas meja mula berdering.

Noah tersenyum melihat nama Audrey muncul di atas skrin. "Ni hao," jawabnya pantas setelah mengangkat panggilan oleh Audrey.

"Ni hao. Sibuk ke?" tanya gadis itu pula.

Tumpuan Noah sudah tidak pada televisyannya lagi. Pembesar suara diperlahankan sehingga ke tahap minimum lalu dia kembali memberi fokusnya pada Audrey yang sedang menunggu di hujung talian sebelah sana.

Satu Hari Nanti [ TERBIT ]Where stories live. Discover now