Bab 6: Cik Tudung Labuh

1.1K 30 1
                                    

Bab 6

NOAH mengeluh perlahan saat melihat skrin telefon bimbitnya yang sedikit retak itu. Nasib baiklah iPhone-nya itu masih boleh dipasang kerana sudah pasti ada klien atau rakan sekerjanya yang akan menelefon untuk bertanya soal kerja. Sedang dia sibuk membelek skrin telefon bimbit yang jelas retak teruk, dia terdengar pintu bilik dibuka.

Armann yang sudah berdiri di muka pintu dengan wajah tersengih menambahkan rasa curiga pada diri Noah. "Dah kenapa dengan kau ni?" Dia menyoal lelaki yang berasal dari Sungai Petani itu.

Armann tergelak kecil saat melihat telefon bimbit yang masih dibelek oleh Noah. "Pergi mana petang tadi? Awal aku nampak kau keluar pejabat. Lepas makan tengah hari dah tak nampak batang hidung," soal lelaki itu lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Kan dah kata nak jumpa klien dekat Gombak. Lepas tu kawan lama aku ajak jumpa jadi aku pergilah jenguk dia sekejap."

"Kawan lelaki ke perempuan?"

Noah buat muka toya. Sememangnya Armann tidak boleh lari daripada sikap suka menyibuk hal orang. Selalunya wanita saja yang suka bergosip dan sering ambil tahu tentang orang lain tetapi apalah beza Armann dengan wanita-wanita lain?

Boleh dikatakan setiap hari Armann akan ke pejabat Noah untuk bertanya khabar walaupun mereka berdua sudah sering bersua muka di rumah.

Noah mengeluh perlahan. "Aku nak singgah Machines kejap. Nak baiki telefon aku ni." Dia menunujukkan telefon bimbitnya yang retak skrin itu kepada Armann.

Armann berkerut sedikit saat dia membelek-belek iPhone milik Noah. "Kau biar betul, Noah? Baru saja beli sebulan yang lepas! Model terbaharu pula tu. Macam mana boleh rosak pula? Kau terjatuhkan ke?" tanya lelaki itu dengan dahi berkerut.

"Ada budak langgar aku masa dekat Gombak tadi. Aku tengah bercakap di telefon waktu tu. Habis terjatuh telefon aku waktu dia langgar aku."

"Ya ALLAH, Noah. Lain kali hati-hatilah sikit bila bercakap di telefon. Pandang kiri dan kanan, jangan main redah saja. Ni nasib baik boleh terpasang lagi, skrin saja yang retak. Buatnya tak boleh hidup telefon tu macam mana? Lawa tak budaknya? Eh, kejap. Budak tu lelaki ke perempuan?"

Terkejut Noah apabila bebelan Armann boleh menyimpang sampai begitu sekali. Noah terfikir sejenak kemudian perlahan-lahan menggelengkan kepalanya.

"Aku tak tahu macam mana nak bagi reaksi dekat soalan kau ni, Man. Laju betul kau tukar topik," kata Noah dengan senyuman terukir di bibir. Armann si kasanova!

"Aku dengar cerita kan budak-budak dekat universiti itu semua lawa-lawa belaka."

"Kau dan perempuan berpisah tiada. Lawa itu subjektiflah, Man."

"Yalah, betul juga cakap kau tu. Tapi, Noah! Memang ramai orang kata dekat sana ramai budak-budak stok isteri mithali! Aku tahulah kau tak pandang perempuan Melayu, bro."

"Siapa cakap? Kalau dah jodoh.."

"Biar betul! Jadi, kau dah berkenan dengan perempuan Melayu? Elok sangatlah! Dekat universiti itu, ramai perempuan tudung labuh yang boleh buat isteri!"

"Aku bergurau sajalah, Man. Gila ke aku nak kahwin dengan perempuan Melayu? Ayah aku bunuh aku nanti."

"Betul juga itu. Aku pun tak rasa kau nak masuk Islam."

"Yakinnya kau?"

"Seratus peratus yakin! Aku yakinlah kau tak ada taste dekat budak perempuan berpurdah macam itu."

Noah angkat bahu dan sekadar tertawa. "We are the reflection of our wives, Man. Lagi pun, aku kan bukan Muslim. Bukan tempat aku untuk judge perempuan yang baik itu macam mana rupa dia," jawab Noah penuh makna sebelum berjalan keluar dari bilik untuk mendapatkan segelas air.

Satu Hari Nanti [ TERBIT ]Where stories live. Discover now