Bab 10
SAFIYYAH tidak keruan apabila Jiha dan Sabrina mula memandangnya dengan pandangan curiga dan senyuman nakal di bibir mereka. Dia buat tidak endah saja dan menyambung makan nasi goreng ayamnya dengan tenang.
Apabila dia terdengar Sabrina dan Jiha sudah tertawa kecil ke arahnya, Safiyyah terus berhenti makan dan angkat mukanya untuk memandang dua orang kawan baiknya itu.
Sudu dan garfu diletakkan di tepi pinggan dengan sopan sebelum dia berdehem perlahan. "Kau dengan Sabrina ni dah kenapa?" soal gadis itu tenang.
Jiha jungkit bahunya. "Tak ada apa-apa. Aku cuma nak tengok kau makan saja," jawab gadis itu selamba kemudian tersenyum nakal lagi. Jelas terpancar di wajahnya yang dia ingin mengusik Safiyyah lagi.
"Aku dengan Encik Noah tak ada apa-apa hubungan pun kalau kau dengan Sabrina nak tahu." Safiyyah kembali menarik pinggan nasi goreng ayamnya lalu disuakan sesuap nasi ke dalam mulut.
Sabrina menjungkitkan pula keningnya beberapa kali. "Eh? Aku dengan Jiha rasanya tak ada pun tanya tentang Encik Noah. Kenapa tiba-tiba kau nak mention pasal dia? Ke.. kau ada hati dekat kawan Prof Nassier tu, Safiyyah?" usik Sabrina pula. Suka benar dia dan Jiha menyakat si Safiyyah tu.
"Kau jangan nak bawa mulut pula, Sabrina. Fitnah tau kalau menyebarkan benda yang tak betul," kata Safiyyah dalam nada marah. Jelas dia tidak suka diusik begitu.
Jiha dan Sabrina akhirnya menyarah kalah dengan tawa kecil masih berbaki di bibir saat melihat wajah Safiyyah yang sudah merah padam.
Sedang dia menikmati nasi goreng ayamnya itu, perlahan-lahan Safiyyah menoleh ke belakang lalu mencuri pandang ke arah Noah yang sedang duduk di atas bangku di hadapan kafe sambil bermain dengan komputer ribanya.
Rasa kasihan pula apabila dibiarkan saja lelaki itu menunggunya di luar kafe seperti itu. Pensyarahnya pula sudah lama mengundur diri kerana harus bergegas ke Johor untuk menghadiri konferens.
Safiyyah bingkas bangun daripada duduknya selepas meneguk sedikit air milo aisnya untuk membasahkan tekak yang kering. Dia terus melangkah keluar dari kafe dan mengatur langkahnya ke arah Noah yang sibuk dengan komputer ribanya.
Saat sudah berdiri di belakang lelaki itu, Safiyyah boleh nampak apa yang sedang dikerjakan lelaki berumur 28 tahun itu. Jari jemari Noah sibuk menari di atas papan kekunci manakala matanya pula tidak lekang daripada skrin komputer riba.
Pemandangan itu membuatkan Safiyyah sedikit terkesima kerana dia tidak pernah lihat orang sebegitu bekerja di hadapannya. Skrin komputer riba Noah penuh dengan kod-kod dan nombor-nombor yang tidak Safiyyah ketahui membuatkan dia bertambah bingung.
"Encik Noah," panggil Safiyyah dalam nada perlahan. Takut juga nanti dia menggangu konsentrasi lelaki itu dan membuatkan kerja lelaki itu tergendala.
Noah terus berpaling ke sebelah lalu menurunkan sedikit skrin komputer ribanya ke bawah. "Oh, you rupanya, Cik Safiyyah. I ingatkan siapa tadi. Dah habis makan?" tanya lelaki itu dengan senyuman di bibir.
"Belum. Tapi, tak mengapa. Saya berjumpa dengan encik sekejap. Jadi, macam mana dengan telefon encik? Teruk ke rosak? Encik dah hantar baiki?"
"I still have the warranty from Apple. So, they got me a quick fix. Bukan I dah beritahu you ke melalui mesej?"
Mata Safiyyah sedikit terjegil. "Encik ada mesej saya?" Dia telan liurnya yang terasa pahit.
Bukannya apa kerana nombor yang dia beri tempoh hari adalah nombor telefon abahnya. Jika benar Noah ada menghantar mesej, sudah pasti Imam Hassan yang baca dulu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Hari Nanti [ TERBIT ]
RomanceMarissa Safiyyah dan Noah Lee tidak pernah terfikir akan jatuh cinta. Sehingga takdir kembali menemukan mereka. SUDAH TERBIT JUN 2019! #30 Indonesia (as of 18.09.2020) #1 Islam (16.12.2021)
![Satu Hari Nanti [ TERBIT ]](https://img.wattpad.com/cover/58612026-64-k440154.jpg)