Bab 4: Kau Sajalah Yang Kahwin!

916 32 1
                                    

Bab 4

HABIS saja hujung minggu di rumah keluarganya di Bangsar, Safiyyah akan kembali ke universiti untuk menyambung kuliahnya seperti biasa. Awal pagi ini dia ada kelas tetapi boleh pula dia terbangun lewat.

Nasib baik ada abangnya di rumah untuk menghantarnya ke universiti kalau tidak pasti dia sudah terlewat masuk kelas kegemarannya itu. Sedang dia menunggu kehadiran pensyarah yang masih belum tiba, Safiyyah duduk saja di meja sambil membaca nota.

"Assalamualaikum, Safiyyah. Sobahal khair," tegur seorang lelaki dari belakang membuatkan gadis itu terus berpaling ke belakang.

Safiyyah telan liurnya. "Sobahan nur, ya Ibrahim. Awak buat apa dekat sini?" Dia menanya lelaki itu yang masih lagi berdiri di belakangnya dengan senyuman terpancar di wajah.

Safiyyah mengerling ke kiri dan kanannya dan perasan ada beberapa pasang mata yang sedang memerhati mereka berdua. "Kita cakap di luar," sambung gadis itu lalu bingkas bangun daripada duduknya sebelum berjalan keluar dari kelas.

Sebaik saja Safiyyah dan Ibrahim melangkah ke luar, mereka berdiri betul-betul di hadapan pintu kelas.

Safiyyah menoleh ke kiri dan kanannya untuk melihat kalau-kalau pensyarahnya ada di situ tetapi kecewa kerana masih lagi tidak nampak batang hidung Encik Fuad di situ.

Dia berpaling semula ke arah Ibrahim yang sedang menunggu. "Kenapa datang sampai ke kelas?" Dia menanya dalam nada malu.

Ibrahim senyum. "Minta maaflah kalau awak tak suka kedatangan saya ke sini. Saya cuma nak sampaikan salam rindu ibu dan ayah kepada Safiyyah. Katanya rindu nak berjumpa dengan Safiyyah lagi."

"Wa'alaikumussalam. Saya agak sibuk kebelakangan ni," jawab Safiyyah dengan pandangan matanya masih lagi pada lantai di bawah.

"Awak sudah fikirkan tentang lamaran saya tempoh hari?"

"Bukan tempat saya untuk berbicara tentang hal ini dengan awak, Ibrahim."

"Kenapa tidak? Awak bakal jadi isteri saya," bidas lelaki itu pula dengan nada yakin. Dia cuba untuk mencuri pandang ke dalam anak mata Safiyyah tetapi sudah pasti gadis itu tidak akan memandangnya.

"Ibrahim, saya kena masuk kelas sekarang."

Ibrahim masih tidak mahu menyarah. "Sudah sebulan saya bagi awak tempoh untuk berfikir. Berapa banyak masa lagi perlu saya beri pada awak sebelum awak terima lamaran saya, Safiyyah?"

Safiyyah akhirnya mengangkat wajahnya dan memberi satu senyuman janggal pada Ibrahim. Dia cuba menahan rasa gugup tatkala mata Ibrahim yang bulat itu sudah mula merenungnya.

"We do not have to rush. Saya tak ke mana-mana pun Ibrahim," jawab Safiyyah ringkas sebelum melangkah semula ke kelasnya lalu meninggalkan Ibrahim di luar yang masih lagi terpinga-pinga.


"BRO, nak pergi mana?"

Armann menanya Noah yang sedang bersiap-siap untuk keluar dari bilik pejabatnya. Dahinya berkerut sedikit apabila melihat lelaki kacukan Melayu-Cina itu seperti hendak bergegas ke suatu tempat.

Noah sekadar mengangkat tangannya tanda hendak cepat. "Ada meeting dengan klien dekat Ampang. Nanti aku terus balik rumah," jawab lelaki itu sambil berlari-lari anak ke arah pintu lif yang kebetulan sedang terbuka.

"Habis tu aku nak balik dengan siapa?"

"LRT!"

"Ish, menyesal aku carpool dengan kau hari ni. Lebih baik aku naik kereta sendiri," bentak Armann lalu mengatur langkah ke ruang pejabatnya saat melihat Noah yang sudah hilang daripada pandangan.

Noah tekan butang pada dinding lif dan hanya tersenyum manis ke arah dua orang pekerja wanita yang tidak dikenali di sebelahnya.

Seminit kemudian, pintu lif kembali terbuka dan dia cepat-cepat melangkah keluar dari ruang itu sebelum mengatur langkahnya ke arah Proton Saga merahnya yang sedia terparkir di hadapan bangunan.

Dia membuka pintu dan tingkap untuk mengeluarkan haba panas kereta lalu menghidupkan enjin kereta. Dia terus mengundurkan keretanya dan sebaik saja kereta itu meluncur di atas jalan raya, Noah terus pasang pendingin hawa ke suhu maksimum dan menaikkan semula tingkap.

Sedang dia tersekat dalam trafik, kedengaran bunyi deringan telefon bimbitnya memanggil. Dia mencapai handsfreenya dan disumbatkan ke telinga.

"Helo.." Senyap sekejap. "Ya, aku dalam perjalanan ke sana sekarang." Senyap lagi. "Kau tolong lengahkan masa sekejap dengan klien tu. Aku cuba sampai dalam setengah jam," katanya lagi sebelum memutuskan panggilan. Noah kerling ke kiri dan kanannya. Dia tahu tidak mungkin dia boleh sampai ke Ampang dalam masa setengah jam kalau trafiknya begini.

Sejak dari tadi lagi keretanya tidak bergerak namun dia cekalkan juga hati dengan berprasangka baik. Dia perlukan projek baru ini kalau tidak habislah nanti dia dimarahi bosnya.

Seperti yang sudah dia jangka, dia terlewat 15 minit dari jangkaan masanya sendiri. Dia parkir keretanya di depan sebuah restoran Itali mewah dan melambaikan tangannya pada rakan sekerjanya yang sedang bersembang dengan klien mereka.

Sebaik saja klien wanita itu berpaling ke belakang, Noah terus tersenyum. "Ni zai zheli zuo shenme?" Pantas saja dia menyapa gadis berskirt pendek itu dengan senyuman paling panas yang pernah dia ukir untuk sesiapapun.

Gadis itu turut tergelak kecil lalu melambaikan tangannya ke arah Noah. "Wo bu zhidao ni zhe jia gongsi gongzuo!" Gadis itu yang dikenali dengan nama Audrey terus memberikan satu pelukan kepada Noah yang nyata sangat terkejut apabila dipeluk begitu.

Namun, Noah biarkan saja. Bukannya dia tidak pernah berpelukan dengan Audrey sewaktu di sekolah menengah dahulu. Bercium saja sudah pernah dia buat dengan gadis itu sewaktu mereka bercinta monyet dahulu.

Melihat rakan sekerjanya yang nyata sudah sedikit bingung melihat kemesraan Noah dan Audrey, Noah tahu dia perlu jelaskan beberapa perkara.

"Kau kenal klien ni, Noah?" Rakan sekerja Noah menanya apabila dia mula keliru melihat kemesraan Noah dan Audrey di hadapannya.

Noah tergelak kecil. "Kawan dekat sekolah menengah dahulu," jawabnya selamba lalu mengangkat tangannya untuk memesan makanan. "Ni chiguole mei?" Dia menanya Audrey sama ada gadis itu sudah makan atau belum.

"Gangcai chi," jawab Audrey dengan senyuman manis terukir di bibir. Kalau lapar sekali pun, dia sudah kenyang sekarang selepas dapat berjumpa dengan Noah kembali setelah sekian lama.

"Err, boleh cakap bahasaMelayu tak guys? I bukannyafaham bahasa Cina sangat." Permintaan Zaadi tadi membuatkan Noah dan Audreysaling tertawa.

Sobahal khair. (Selamat pagi.)

Ni zai zheli zuo shenme?  (Apa awak buat di sini?)

Wo bu zhidao ni zhe jia gongsi gongzuo! (Saya tak tahu awak bekerja di syarikat ini!)

Ni chiguole mei? (Dah makan ke?)

Gangchai chi. (Sudah makan.)

Satu Hari Nanti [ TERBIT ]Where stories live. Discover now