Bab 7: Undangan Perkahwinan

1.2K 25 1
                                    

Bab 7

"HEN gaoxing zaici jian dao ni, Noah!" Audrey sudah melambaikan tangannya ke arah Noah yang sedang berjalan masuk ke dalam restoran. Mereka sudah berjanji untuk keluar makan tengah hari bersama dan seperti yang dijanjikan, Audrey sudah ada di restoran tepat jam 1.00 tengah hari.

Mereka berdua memesan makanan yang diingini sebelum mula berbicara soal kerja. Noah bersungguh-sungguh menerangkan tentang projek yang baru ditandatangani oleh syarikat yang diwakili Audrey dengan syarikat tempat dia sendiri bekerja.

Pelayan lelaki tadi kembali dengan makanan dan minuman yang telah dipesan oleh Noah dan Audrey 15 minit tadi.

"Jadi, minggu depan I akan ke syarikat tempat you bekerja untuk set up server dan yang lain-lainlah," kata Noah sambil menyedut air jus tembikainya.

Audrey angguk. "Okey. Kalau macam tu I akan notify bos I yang you nak datang minggu hadapan. Apa-apa pun, you call I dulu sebelum datang ya! I boleh sediakan apa yang patut." Gadis itu juga sudah mula menarik air jus mangganya dekat sedikit dengannya.

"Rasanya dah cukup kita bercakap tentang kerja. Ceritalah dekat I tentang masa you belajar di Australia dulu Audrey. Lama tak dengar you bercerita!"

Audrey gelak sambil tersipu malu. Dia angguk lagi kemudian kembali memulakan bicara. "Tak banyak sebenarnya yang berlaku. Biasalah, I pergi sebab nak belajar saja. Lepas putus hubungan dengan you pun, I tak adalah sampai patah hati sangat!" Gurau Audrey dalam nada berseloroh.

Noah jegilkan matanya dan sengaja buat muka marah. "Tak patah hati? You tahu tak betapa teruknya I berkabung lepas putus dengan you, Audrey? Dua bulan I tak lalu makan tahu tak?" katanya lagi dengan tangan sudah mencekak pinggang.

"Ya ke? Macam tak percaya."

"Betullah! Kenapa pula I nak tipu you?"

"Tak apalah. Semua perkara tu pun dah berlalu. I dengan you pun masing-masing dah matang sekarang. Masa tu kita muda lagi kan? Baru habis SPM! Fikiran masih macam budak-budak."

"Betul apa yang you cakap tu," sambung Noah lagi sambil kepalanya dianggukkan. Dia ambil tisu di sebelah lalu mengelap mulutnya sedikit. Baru saja dia hendak membuka mulut semula untuk menyambung bicara tetapi Audrey suday terlebih dahulu memotong.

Audrey bawa keluar sehelai sampul surat berwarna merah jambu lembut keluar daripada beg tangan Louis Vuittonnya lalu diberikan kepada Noah. Lelaki itu jungkitkan keningnya tanda tidak mengerti lalu Audrey senyum saja.

"Jiayou! Na qu," katanya ringkas lalu meletakkan sampul surat itu di atas meja.

"Apa ni?" Noah angkat sampul itu lalu dibeleknya sedikit.

"I sebenarnya lupa nak beritahu you yang I akan berkahwin hujung bulan ini. Sebab itulah I balik ke KL. Bakal suami I bekerja di KL," sambung gadis itu lagi dengan senyuman manis yang masih lagi tidak lekang. Jelas terpancar di wajahnya yang dia sedang gembira.

Noah sudah terpinga-pinga saat mendapat tahu tentang berita itu. "You nak berkahwin dah, Audrey? Kenapa.. kenapa tak beritahu awal-awal?" Kalau boleh Noah nak hantuk kepalanya di dinding saat itu juga.

"Kan dah cakap tadi I terlupa nak beritahu. Wo hen duibuqi, wo de pengyou."

"Zhe shi tai turanle," kata Noah lagi.

Audrey angguk. "Wo zhidao."

"Apa-apa pun, gongxi ni." Noah mengucapkan tahniah dalam nada janggal.

Baru saja seminit tadi terasa seperti dia ada peluang untuk menawan hati Audrey sekali lagi namun dia dikhabarkan dengan berita yang Audrey bakal berkahwin.

Dibeleknya kad jemputan yang diberikan oleh Audrey sebentar tadi. Jelas terpampang di atas kad itu nama Audrey Lim dan pasangannya iaitu Mohamed Adrian.

Noah terus mengangkat wajahnya lalu menoleh ke arah Audrey yang sedang sibuk menikmati pencuci mulutnya yang baru sampai. "Bakal suami you orang Melayu?" tanya lelaki itu lagi.

Audrey tertawa kecil. Gadis itu hanya menganggukkan kepala. "You dah masuk Islam ke Audrey?" Noah menanya lagi. Dia pandang wajah Audrey kerana tidak percaya. Bekas teman wanitanya kini bakal berkahwin!

"Sudah. Tiga bulan lepas I ucap shahadah di pejabat agama."

Noah terkejut melihat riak selamba pada wajah Audrey. Gadis itu masuk Islam semata-mata ingin berkahwin dengan bakal suaminya.

"I gembira dengan berita ini, Audrey." Itu saja yang mampu Noah katakan buat bekas teman wanitanya. Dia teguk baki jus tembikainya sebelum tersenyum janggal ke arah Audrey.


IMAM Hassan sedang sibuk membaca surat khabar di ruang tamu ditemani isterinya di sisi. Ummi Salmah pula sibuk menjahit baju kurung sambil memerhatikan Sulaiman, Adam dan Fateema yang sedang membuat kerja sekolah mereka.

Ummi Salmah tersenyum puas apabila melihat Sulaiman mengajar dua orang adiknya itu soalan-soalan yang sedikit susah untuk diselesaikan. Imam Hassan menoleh ke arah isterinya, lalu mengarahkan isterinya untuk menghulurkan cawan teh panas yang terletak di atas meja.

Ummi Salmah turutkan saja, lalu memberikan teh panas yang dia sediakan tadi kepada suaminya. "Saya ada benda nak cakap sikit dengan awak ni," tegur Imam Hassan sambil berdehem perlahan.

"Apa dia abang?"

"Safiyyah tu dah buat keputusan ke belum? Saya dah tak nak lambat-lambatkan lagi lamaran si Ibrahim anak Haji Saleh tu. Ramai orang dah mula bercakap soal anak kita."

Ummi Salmah mula berkerut. "Bercakap tentang apa, bang?"

"Katanya Safiyyah itu jual mahal tak nak terima lamaran Ibrahim sebab dia ingat Ibrahim tu tak setaraf dengan dia. Saya tak suka bila orang bercakap buruk tentang keluarga kita."

"Biarlah abang. Abang sendiri selalu pesan dekat saya yang kita tak boleh nak tutup mulut orang. Pedulikanlah apa yang orang luar nak cakap."

"Tapi, ini tentang anak kita si Safiyyah tu. Awak kena faham yang saya tak suka bila orang luar mula bercakap benda tak elok tentang anak-anak kita. Si Safiyyah ni pun satu. Apa yang susah sangat nak terima lamaran Ibrahim tu? Budak tu bukan main baik saya tengok!"

Ummi Salmah tergelak kecil. "Alah, abang ni. Macam tak kenal pula anak gadis kita yang seorang tu. Dia bukan nak sangat kahwin awal macam kakak dan abang-abang dia yang lain. Dia kan jenis yang belajar memanjang," sambung Ummi Salmah lagi penuh sabar.

Imam Hassan mencebik tidak puas hati. Dia sayangkan anak perempuannya yang seorang itu, tetapi Safiyyah boleh tahan keras kepala juga. Safiyyah benar-benar ikut perangainya sewaktu muda dahulu.

Kalau dah buat keputusan,tiada siapa pun yang boleh mengubah keputusan itu. Mungkin sudah tiba masanyauntuk dia menasihati Safiyyah supaya terima saja lamaran itu.

Hen gaoxing zaici jian dao ni! (Saya di sini!)

Jiayou! Na qu. (Cepatlah! Buka.)

Wo hen duibuqi, wo de pengyou. (Saya minta maaf, kawan.)

Zhe shi tai turanle. (Saya gembira untuk awak.)

Wo zhidao. (Saya tahu.)

Gongxi ni. (Tahniah.)

Satu Hari Nanti [ TERBIT ]Where stories live. Discover now