Bab 20: Kota Singa

1.1K 32 18
                                        

Bab 20

"NASSIER, aku ada sesuatu nak tanya kau." Noah yang tadinya senyap tiba-tiba menanya.

Nassier yang sedang sibuk melayan anak-anak dan isterinya terus menoleh ke arah Noah yang sedang bercakap dengannya lalu tersenyum. Sambil menyuap nasi beriyani ke dalam mulut anak bongsunya yang berumur tiga tahun itu, dia menganggukkan kepalanya ke arah Noah.

"Ask away!" katanya lagi lalu mencapai gelas air yang diletakkan di tepi pinggan.

"Aku cuma nak tahu tentang pelajar kau. Nama dia Safiyyah," kata Noah lagi sambil melarikan pandangannya ke tempat lain. Dia cuba berpura-pura untuk bersikap selamba namun jelas kelihatan di wajahnya yang sedang cemas saat dia menyebut nama gadis itu.

Nassier sudah tersenyum penuh makna. Dia tahu yang Noah sedang bercakap tentang pelajarnya tetapi sengaja dia buat muka tidak faham. "Safiyyah? Marisa Safiyyah, pelajar aku dan juga pendebat terbaik Asia Tenggara?" tanya Nassier lagi dengan senyuman penuh makna.

"Ya, Safiyyah yang itu."

"What about my student?"

"Aku dengar cerita yang dia dah bertunang. Betul ke?"

"Kalau dia dah bertunang pun, aku tak terkejut. Dia itu pelajar pintar, Noah. Ramai pelajar lelaki terkejar-kejarkan dia."

Noah hanya tersenyum janggal saat mendengar jawapan yang dikeluarkan oleh Nassier sebentar tadi. Betulkah Safiyyah sudah menjadi rebutan orang sewaktu dia masih lagi di tahun pertamanya di universiti lagi?

Sebenarnya, dia langsung tidak peduli akan semua itu kerana dia cuma mahu tahu sama ada gadis itu benar-benar sudah menjadi tunangan orang. Tapi, kenapa pula dia nak sibuk tahu?

Noah tidak boleh menipu diri sendiri. Dia mengaku yang dia sudah mula sukakan Safiyyah sejak kali pertama dia menghantar gadis itu pulang ke asrama. Dia jatuh cinta dengan sikap Safiyyah yang sangat prihatin.

Dia jatuh hati dengan sikap Safiyyah yang cukup lemah-lembut dan sopan dengan semua orang tanpa mengenal usia. Lelaki itu belum pernah berjumpa dengan seorang gadis Muslimah yang cukup berkarisma seperti Safiyyah. Lembut di luar namun tegas pendiriannya.

"Kau minat dekat pelajar aku ke, Noah?"

Pertanyaan Nassier yang secara tiba-tiba itu membuatkan Noah terkedu. Dia tergelak janggal ke arah kawannya itu sambil meraih anak lelaki Nassier yang baru berumur lima tahun untuk duduk di atas ribanya.

Dia menggeleng perlahan ke arah Nassier yang jelas masih menanti jawapan daripadanya. Noah tahu yang kawannya itu pasti curiga kenapa dia tiba-tiba saja menanya tentang Safiyyah.

Nassier sendiri tahu ciri-ciri bekas teman wanitanya dulu bagaimana. Tidak ada seorang pun yang bertudung apalagi berpakaian sopan seperti Safiyyah.

Noah sibuk bermain dengan tangan anak kecil yang dipanggil Mohamed itu sambil tersenyum. "Aku saja bertanya," kata lelaki itu lagi dalam nada selamba.

"Kalau dah suka, beritahu dia. Jangan tunggu lama-lama, Noah. Nanti melepas. Aku rasa kau ada peluang yang bagus kalau kau berterus-terang dengan Safiyyah."

"Maksud kau?"

"Aku tengok cara dia pandang kau tempoh hari. There is something in her eyes. Aku tak pernah tengok Safiyyah begitu."

Noah terasa hatinya mula berdegup kencang saat Nassier memberitahu yang Safiyyah terlihat berbeza saat dia datang untuk menghadiri sesi perkongsian ilmu dengan pelajar-pelajar kelas programming Nassier lebih kurang sebulan yang lepas.

Satu Hari Nanti [ TERBIT ]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang