Bab 2: Lamaran Ibrahim

1.2K 40 1
                                        

Bab 2

"SAFIYYAH dah fikir tentang lamaran anak Imam Saleh?"

Pertanyaan Imam Hassan tadi membuatkan Safiyyah yang sedang menghirup air teh panasnya tersedak perlahan. Gadis itu sekadar tersenyum saja kepada ayahnya yang tersayang sambil menggelengkan kepalanya.

"Tak fikir apa pun lagi abah. Safiyyah sibuk," jawabnya malu-malu.

"Jangan begitu. Orang tunggu jawapan kita. Kita biar mereka tunggu lama-lama untuk apa," sambung orang tua itu lagi sambil tersenyum ke arah isterinya yang duduk di sampingnya.

"Abahnya pun. Anak kita dah kata tak fikir lagi yang asyik paksa dia untuk apa? Biarlah dia habis fikir dulu," sambung Ummi Salmah.

"Inilah dia. Bila anak dengan ummi dia ni dah satu kepala, kita yang lelaki ni sampai tak boleh nak kata apa dah!"

Safiyyah tersenyum manja ke arah kedua ibu bapanya. Memang Imam Hassan dan Ummi Salmah selalu begitu. Sejak dari kecil lagi, Safiyyah sudah kenal benar dengan sikap romantis kedua orang tuanya.

Kadang-kadang, di depan adik beradiknya yang tujuh orang itu pun ayah dan ibunya boleh bergurau senda seperti pasangan baru berkahwin. Mungkin itu agaknya rahsia yang membolehkan mereka kekal sehingga sekarang.

30 tahun bukan suatu jangka masa yang singkat. Safiyyah menoleh ke kiri dan kanannya, melihat adik-adik yang sedang sibuk membuat kerja sekolah di ruang tamu.

Abang sulungnya masih lagi di Mesir kerana sibuk belajar dan juga menjaga kakak iparnya yang sedang sarat mengandung. Kakaknya juga sedang mengandung anaknya yang kedua.

Tunggu masa isteri Angah pula, desisnya di dalam hati sambil tersenyum sendiri memikirkan kakak iparnya yang seorang lagi.

"Ni dah kenapa asyik senyum-senyum sendiri ni, Safiyyah?" soal Ummi Salmah pelik dengan tingkahlaku anak keempatnya itu.

"Tak ada apa-apalah ummi."

"Tu yang asyik kata kerja kuliah apa semua tak siap lagi, dah siapkan ke belum?"

"Belum."

"Pergi naik atas siapkan."

Safiyyah segera anggukkan kepala lalu menghabiskan air teh yang sudah suam dengan sekali teguk sebelum membasuh cawan itu dan kembali ke biliknya di tingkat satu.

Dia duduk di meja belajar sambil mengeluh perlahan. Telefon bimbit Nokia 3310nya ditatap lama. Sudah hampir empat tahun dia menggunakan telefon bimbit itu. Butangnya pun ada yang hampir tercabut.

Imam Hassan lebih daripada mampu untuk membelikan dia telefon yang lebih canggih tetapi Safiyyah menghormati keputusan ayahnya. Dia dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana.

Ayahnya imam di masjid dekat dengan rumahnya juga tauke kurma dan kismis. Ada masa, Imam Hassan juga mengetuai rombongan umrah dan jemaah haji ke Mekah saban tahun.

Semasa mengetuai rombongan itulah yang ayahnya sempat memborong kurma dan kismis pulang ke Malaysia. Memang sejak kecil lagi Safiyyah dan adik beradiknya yang lain diasuh dengan didikan agama yang cukup.

Sampaikan mereka sendiri tidak punya TV di rumah kerana Imam Hassan percaya yang TV akan banyak mempengaruhi pemikiran anak-anaknya.

Namun, iman seseorang tidak dapat diwarisi. Tidak semestinya Imam Hassan seorang yang warak akan mendapat jaminan yang anak-anaknya juga akan sebegitu rupa. Safiyyah bersyukur yang adik-beradiknya semua baik-baik belaka. Abang dan kakak iparnya juga dari keluarga yang elok-elok.

Baru-baru ini dia dilamar pula oleh Ibrahim, anak kenalan rapat ayahnya yang juga seuniversiti dengannya. Masuk kali ini, sudah hampir empat lamaran yang dia terima.

Dua daripada pelajar seuniversiti dengannya manakala dua lagi daripada kenalan jauh abang-abangnya. Safiyyah sampai buntu untuk istikharah buat empat lamaran ini sekaligus.

Bila ditanya berkali-kali oleh Imam Hassan akan keputusannya, Safiyyah sekadar mengangkat bahu. Tidak seperti abang-abang dan kakaknya, Safiyyah lebih selesa solo buat masa ini.

Dia belum puas bermanja dengan Imam Hassan dan Ummi Salmah walaupun umur sudah menginjak 23 tahun. Tugasnya saat ini hanya untuk belajar dan pulang ke rumah untuk menggembirakan hati ibu bapa serta adik-adiknya yang lagi tiga orang itu.


"YOU ni handsome lah Noah. No wonder ramai yang nak dekat you!"

Noah tersenyum. Sudah biasa dia dipuji begitu. "Biasa-biasa saja," jawabnya dengan rendah diri tapi sebenarnya dalam hati sudah kembang mekar semacam mendengar pujian yang datang bertubi-tubi oleh lima orang gadis di sekeliling meja itu.

Tiba-tiba, dia terasa ada lengan yang melingkari pinggangnya. Tidak semena-mena, Sally yang duduk di sebelah melingkarkan lengannya di sekeliling pinggangnya cukup untuk membuat Noah meluat.

"Boyfriend I ni. You semua jangan nak masuk line pula, ya?" kata Sally dalam nada berseloroh bercampur amaran.

Noah cepat-cepat tolak tangan Sally

"Noah sayang, kenapa ni? Tak sihat, ya?" Sally datang mendekati Noh yang sedang mengelamun. Siap meliuk-lentok lagi dia dengan Noh.

Noh sekadar tersenyum. "Ya, penat sikit. Tunggu nak balik saja lagi ni," jawabnya selamba.

"Awal lagi ni, sayang! Eh, jomlah join kita semua pergi clubbing lepas ni!" Sengaja gadis itu kuatkan sikit suaranya ketika memanggil Noah dengan panggilan 'sayang'.

"Orang Islam boleh pergi clubbing ke, Sally?"

Sally tergelak tak percaya. "You biar betul ni? You yang bukan Muslim nak sembang halal dan haram dengan I, Noah? Unbelievable! Jangan risaulah, sayang. Dosa I, I tanggunglah!" Sally mengukir satu senyuman menggoda sambil cuba memeluk lengan Noah.

Noah menggeleng perlahan sebelum memberi isyarat kepada Armann yang masih lagi berbual rancak dengan gadis-gadis yang lain. Armann mengeluh perlahan dan akur dengan permintaan Noah yang tiba-tiba hendak pulang.

"Sorry, ladies. I kena bawa balik kesayangan I tu. Dah mengantuk agaknya," seloroh Armann dengan nada manja membuatkan gadis-gadis lain tergelak kecil.

Noah biarkan saja Sally yang sedang mengutuknya dalam diam di kelab itu tidak berteman. Apa yang bermain di fikiran Noah saat ini hanyalah tilam empuk dan bantal busuk kesayangannya.

Dia benar-benar keletihan dan kalau boleh hendak tidur saja sampai esok tengah hari. Tak kuasa dia nak clubbing sampai ke pagi seperti Sally Iskandar.

"Lambat sangatlah kau ni," marah Noah saat dia melangkah masuk ke dalam kereta.

Armann mencebik. "Eleh, dia ni. Kalau dah gaduh dengan Sally, jangan kau nak salahkan aku pula." Lelaki itu terus menghidupkan enjin kereta dan memandu kereta keluar dari perkarangan restoran.

"Bila masa aku gaduh dengan dia?"

"Tu tadi apa cerita?"

"Cerita dia aku dah berjaya mengelakkan diri aku yang suci lagi murni ni daripada melangkah masuk ke tempat-tempat tak elok. Kau patut bangga dengan aku bro!"

Armann buat muka meluat. "Orang semua berebut nakkan si Sally Iskandar tu. Kau pula boleh tolak dia macam itu saja. Kau ni gay ke, Noah?" tanya Armann dalam nada bergurau. Dalam masa yang sama, dia turut serius. Entah-entah..

Noah menggeleng tidak percaya. Dia tergelak kecil melihat Armann yang sudah mengangkat kening. "Silap hari bulan, aku humban juga kau masuk lombong." Noah menutup matanya dan akhirnya terlelap apabila Armann tidak lagi bersuara.

Satu Hari Nanti [ TERBIT ]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang