Bab 14: Mock Debate

710 35 0
                                    

Bab 14

NOAH tersenyum sendiri sambil melihat Safiyyah yang sedang rancak membuat ucapan penggulungannya di atas pentas utama. Dia terpegun melihat ketegasan serta kefasihan gadis itu berbicara di atas pentas.

          Safiyyah kelihatan seperti dia tidak takut akan apa-apa sekali pun. Tidak seperti Safiyyah yang dia kenali dua minggu yang lalu. Noah masih ingat kali pertama dia bertentang mata dengan gadis itu sewaktu dia berlanggar dengan Safiyyah di hadapan masjid.

Waktu itu, Safiyyah kelihatan seperti gadis polos biasa yang punyai riak wajah tidak bersalah dan mungkin sekali seorang yang pendiam, memandangkan gadis itu langsung tidak berani bertentang mata dengannya.

Kemudian, mereka bertemu lagi di salah sebuah kuliah yang dia hadiri untuk sesi perkongsian ilmu dengan kawan lamanya. Safiyyah masih lagi dengan watak gadis polosnya dan dia masih ingat lagi waktu gadis itu tergagap-gagap apabila hendak menanya soalan padanya.

Tetapi, Safiyyah yang berdiri di atas pentas petang ini tidak seperti Safiyyah yang dia kenali dua minggu yang lalu. Gadis itu kelihatan yakin walaupun berhadapan dengan ratusan orang di hadapannya.

Safiyyah lantang dan tegas dalam berhujah dan yang membuatkan Noah tertarik dengan gadis itu adalah pandangan matanya yang tajam. Hampir seluruh dewan dipandangnya namun tidak muncul riak gentar atau gusar pada pandangan mata gadis itu.

Ternyata, Safiyyah seorang gadis yang penuh dengan misteri. Gadis itu tidak seperti apa yang Noah sangkakan. Noah fikir Safiyyah seorang gadis Muslim yang tertutup.

Safiyyah tidak suka berbicara dengan lelaki bukan mahram sambil bertentang mata. Dia juga tidak suka duduk berdekatan dengan lelaki yang bukan mahramnya tanpa ditemani mana-mana mahram.

Noah ingat lagi waktu dia berbicara dengan Safiyyah di hadapan kafe Tastebuds empat hari lepas. Jarak di antara mereka bukan main jauh membuatkan Noah pelik dengan gadis itu. Bukannya dia tidak tahu hukum agama tetapi dia agak terkejut melihat perkara itu terjadi di hadapan matanya.

"Pihak universiti hendak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pendebat kita yang hadir hari ini. Tahniah juga kepada pendebat terbaik kita, Marisa Safiyyah!"

Noah agak terperanjat mendengar nama Safiyyah disebut sebagai pendebat terbaik Asia. Semua orang di dalam dewan itu bangun daripada duduk mereka lalu menepuk tangan masing-masing sekuat hati buat ketiga-tiga pendebat yang masih di atas pentas.

Noah turut bangun walaupun dia tahu yang Safiyyah mungkin saja tidak perasan yang dia turut berada di dalam dewan itu. Sudah rezekinya dapat melihat Safiyyah berdebat petang itu tanpa dia duga.

"Aku tunggu dia dekat luar dewan sajalah," bisik Noah kepada dirinya sendiri sebelum melangkah keluar dari dewan itu bersama dengan payung putih milik Safiyyah.

"Itu dia bakal isteri kau, Ibrahim! Dulu suam-suam kuku saja, kan? Sekarang dah jadi pendebat terbaik Asia Tenggara!"

"Betul tu, Ibrahim! Kau sendiri memang dah hebat berdebat dalam Bahasa Arab dan dia pula dalam Bahasa Inggeris! Memang macam pinang dibelah dua, kau dengan Safiyyah!"

Serentak itu, kaki Noah berhenti melangkah. Dia terus berpaling ke sebelah untuk melihat gerangan siapa yang baru saja melontarkan kata-kata itu.

Tiga orang pelajar lelaki yang semuanya bersongkok sedang mengatur langkah mereka ke arah pintu keluar dewan itu. Nama Safiyyah tidak henti-henti disebut membuatkan Noah terdiam sebentar.

Dia melihat riak wajah lelaki yang seorang lagi. Pipinya sudah merona merah sambil menahan malu dan hanya tersenyum saja. "Safiyyah dah bertunang?" Noah menanya dirinya sendiri dan entah kenapa hatinya terasa sakit seperti dihiris-hiris.

Satu Hari Nanti [ TERBIT ]Where stories live. Discover now