"Kenapa Najwa bertunang tiba-tiba macam ni?." tanya Puan Nia,ibu aku.
Aku diam sejenak.
"Ibu yang cakap kalau Najwa dah jumpa seseorang yang sesuai untuk Najwa..."
Ibu mengeluh.
"Jadikan dia tunang?." sambung ibu.Dengan soalan sekali.
"Najwa tak bermaksud macam tu." nak nangis pun ada.Seolah dia buat jahat pulak.
Kalau ibu tahu aku tipu.
"Maafkan Najwa ibu." pintaku.
"Dengan ibu kamu je?." muncul pula Tuan Nazrin,ayah aku.
"Maafkan Najwa juga ayah.Ini keputusan paling bodoh sekali.Sebenarnya..."
Tak sempat aku nak ceritakan hal sebenar ayah sambung.
"Ayah dan ibu faham kamu tak berniat nak rahsiakan hal ni.Kami tak nak paksa Najwa bab jodoh ni.Najwa pun dah besar."
Air mata menitis disaat itu.
Aku geleng kepala.Bukan macam tu sebenarnya.
Biarlah dulu.Aku pun dah setuju nak tolong anak Tengku tu.Tapi satu je persoalannya sampai bila nak tipu?.
"Dah jangan menangis." pujuk ayah.
Aku kesat air mata.
YOU ARE READING
All Of A Sudden
RandomNajwa Farisha...Kisah cintanya berakhir sebaik sahaja tiba di Malaysia.4 tahun menyulam cinta yang membawa kepada pertunangan meskipun tidak rasmi.Namun segalanya hancur sebaik sepucuk surat diterima. "Will you marry me,for just 3 months..." Tiba-ti...