Aku pandang Ezriq lama.
Bukan sebab dia kacak sangat sampai mata aku tak boleh lepas pandang dia.
Tapi sebab aku rasakan sesuatu.Bukan cinta eh.
Dia terlalu berahsia.Terlalu banyak rahsia dia.Aku bukanlah tahu semua.
Tapi aku tahu banyak lagi yang dia simpan.
He's such a mystery guy.
Kalau aku dapat korek sendiri rahsia tu macam mana la agaknya.
Berharga sangat ke rahsia dia tu?.
Aku lepaskan keluhan.
"Kenapa kau mengeluh?.Sebab aku?." dia pandang aku namun hanya sekilas.Dan aku memang dari tadi pandang dia.
"Suka hati la.Jangan menyibuk."
"Berapa lama dah?." dia tanya aku lagi.
Issh.Berapa lama apa ni?.
"Apa?." tanya aku.
"Berapa lama kau pandang aku macam tu?." heok.Dia sedar ke?.
"Dah lama dah." jawab aku jujur.
"Handsome sangat ke aku ni?.Sampai kau tak boleh lepas pandang?.Huh?."
Bukan nak cakap dia perasan tapi wajah caucasian yang dia miliki seriously memang idaman wanita.
"Betul,awak handsome sangat.Buat saya teringat seseorang.Entahlah.Macam awak.Tapi saya tak pasti.Ezriq,boleh berhentikan kereta sekejap?."
"Buat apa?." dia tanya aku.
"Saya nak tilik muka awak." Ezriq berhentikan kereta mengejut.
"Apahal pulak?." kenapa dengan gadis itu?.Berperangai pelik sejak tadi.
YOU ARE READING
All Of A Sudden
RandomNajwa Farisha...Kisah cintanya berakhir sebaik sahaja tiba di Malaysia.4 tahun menyulam cinta yang membawa kepada pertunangan meskipun tidak rasmi.Namun segalanya hancur sebaik sepucuk surat diterima. "Will you marry me,for just 3 months..." Tiba-ti...