V.O.My.H Cafe◈▣◈▣
"Najwa." dia ni lagi.
Banyak-banyak cafe kenapa cafe ni jugak si Ameer ni nak datang?.
Menyampah betul la.
"Nak order apa?." tanya aku.
"Kan Ameer dah order ni.Tak nampak ke vanilla latte dengan macaron ni?."
Aku pandang atas meja.
"Oh.Okay." aku baru je nak melangkah pergi tiba-tiba...
"You look so beautiful with that shawl."
Aku hanya diam.
"Najwa sihat?." soalan mengarut apa tu?.
"Kalau tak sihat tak adanya saya datang kerja hari ni."
Aku tak nak la dia ada kat sini.
"Najwa." yes.Uncle Aidil datang.Aku ukir senyum.
"Okay.Najwa sambung kerja dulu." aku melangkah pergi dari situ.
"Kau yang hantar surat tu kan?." Ameer Azrieyl angguk.
"Jadi kau la bekas tunang dia tu?." Ameer Azrieyl angguk lagi.
"Kau sendiri yang tulis surat tu?.Jangan angguk lagi aku ketuk kepala kau nanti.Aku nak jawapan."
Siapa lelaki ni pada Najwa?.
"Pak cik ni siapa?." Aidil Haizen kecilkan mata.
"Pak cik?.Aku bukan pak cik kau.Aku Aidil Haizen.Najwa anak buah aku.Jawab la soalan tadi."
Lambat-lambat soalan dijawab.
"Saya yang hantar surat tu.Saya bekas tunang Najwa.Saya yang tulis surat tu."
Tiga soalan dijawab sekaligus.
YOU ARE READING
All Of A Sudden
SonstigesNajwa Farisha...Kisah cintanya berakhir sebaik sahaja tiba di Malaysia.4 tahun menyulam cinta yang membawa kepada pertunangan meskipun tidak rasmi.Namun segalanya hancur sebaik sepucuk surat diterima. "Will you marry me,for just 3 months..." Tiba-ti...