V.O.My.H Cafe♣♧♣♧
"Awal Najwa datang hari ni."
Aku pandang uncle Ezriq dengan pandangan yang aku sendiri tak tahu nak tafsirkan apa.Nasib baik hari tu uncle Aidil mainkan aku je.
Kalau tak memang aku dah lari pergi luar negara.Jauh sangat kan?.Yalah.Aku sangat tak boleh terima kalau benda tu betul.
"Kan memang selalu Najwa datang awal." uncle Aidil ukir senyum.
"Selalunya uncle la yang datang dulu sayang oi.Kalau tak macam mana Najwa nak masuk?."
Aku buat muka.
"Yalah.Macam uncle seorang je yang ada kunci cafe ni." aku sebenarnya ada je kunci cafe ni.Selalu sangat aku bawak.
Tapi asyik terperap je dalam beg tangan aku.
Jadi uncle Aidil la yang kena buka pintu.Tadi pun aku tunggu dalam kereta sementara tunggu uncle Aidil datang.
Takutlah nak buka cafe orang awal-awal.Nanti jadi macam-macam aku yang susah.Aku yang kena marah.
"I trust you Najwa.Kenapa tak buka je cafe ni?."
Aku senyum.
"Najwa takutlah.Takut kena marah." uncle Aidil ketawa.Gadis yang sudah dianggap seperti anak buahnya ini takut dia marah?.
"Uncle tak pernah marah Najwa."
Eleh.
"Yang hari tu." aku tundukkan wajah.Kepala anak buahnya itu diusap lembut.
"Sorry again.Uncle tak sengaja.Balik kerja ni uncle belanja Najwa shopping.Nak?."
Aku geleng.Tak nak la.Tak nak la guna duit uncle Aidil.
Bercakap tentang duit.Sebulan lepas akaun bank aku ada 10 ribu.Dan bulan ni aku pergi bank aku check lagi dah jadi 20 ribu.Dalam akaun aku tak adalah sebanyak tu sebenarnya.
All of a sudden.Kalau bulan depan aku dapat lagi tak ke kaya aku?.Memang la baru sikit tu.
Tapi bagi aku 10 ribu tu sangat banyak.
'Ezriq ke yang bagi?.' takkan la.Aku tak pernah minta pun.Tak mungkin la.
YOU ARE READING
All Of A Sudden
RandomNajwa Farisha...Kisah cintanya berakhir sebaik sahaja tiba di Malaysia.4 tahun menyulam cinta yang membawa kepada pertunangan meskipun tidak rasmi.Namun segalanya hancur sebaik sepucuk surat diterima. "Will you marry me,for just 3 months..." Tiba-ti...