24

4.9K 146 0
                                    


Air matanya mengalir disaat akad nikah dilafazkan.

"Aku terima nikahnya Najwa Farisha binti Mohammad Nazrin dengan mas kahwinnya lapan belas ribu ringgit tunai."

Aku pandang wajah kacak itu.Tenang.

Seperti pertama kali mereka berjumpa.Di cafe?.

Entahlah semenjak pergi kerumah jejaka itu sebulan yang lalu dia merasakan cafe bukanlah tempat pertama mereka berjumpa.

"Sah?." tanya tok kadi.

"Sah." jawab hadirin.

Dia hampiri aku.Air mataku dikesat.

Aku tersentak.

Sesuka hati je.Cincin dikeluarkan.Tangan gadis bergelar isterinya itu dicapai.

Lantas disarungkan cincin itu dijari manis milik gadis itu.

"Pakai sendiri." ucapku sebaik tiba giliran aku pakaikan cincin untuk dia.

"Are you out of mind,pakaikan cepat."

Lambat-lambat aku sarungkan cincin itu.Betul-betul aku berusaha tak sentuh tangan dia.

Dia hulurkan tangan selepas itu.

Salam dia ke?.Aduh.Aku mana pernah bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim.

Tapi kan dia suami aku.

Tapi tetap jugak aku tak nak."Najwa,salam tangan suami tu." arah ibu.

Aku sambut huluran salam tu.Hangatnya tangan dia.

Dahiku dikucup lembut.

Bau ni.Perfume Dunhill Desire Blue.

Takkanlah...

All Of A SuddenWhere stories live. Discover now