"Google oppa?." aku angguk.
Takkan dia tak tahu.Oppa tu kan abang bahasa Korea.Cakap lahir kat Korea.Basic pun tak tahu ke?.
"Mengutuk aku la tu." aku ukir senyum.
"Macam tak tahu je." dia suakan sudu berisi maggi dalam mulut aku lepas tu.
Terpaksa aku makan.Share sudu pulak tu.
"Macam tak sangka kan?.Dua orang yang tak pernah berjumpa tiba-tiba bersama."
Tak sangka?.Aku angguk.
"Itulah gunanya sebuah perkenalan."
Tapi perkenalan dengan Ameer sangat menyakitkan aku.Nasib baik dah berakhir.
"Apa perasaan kau kenal aku?."
Aku berdehem.Perasaan aku kenal dia?.Rasa terpaksa.Tapi lama-lama buat aku rasa selesa.
Sebab orang tu Ezriq kot.
"Macam-macam rasa.Dah la jangan cakap pasal perkenalan kita.Kita cakap pasal perpisahan."
Aku menghela nafas.
"Ezriq awak dah sedia nak berpisah dengan saya?."
Ezriq jongket kening.
"Aku bila-bila masa je sedia angkat kaki."
Macam tu sekali.
"Kau?." dia tanya aku.
"Saya pun." aku ukir senyum.Menutup rasa kecewa.
Aku tak harapkan jawapan tu.
"Aku naik dulu." aku panggil Ezriq.Dia pandang aku.
"Awak tidur mana?." Ezriq jangan la awak cakap nak tidur bilik saya.
"Bilik aku la." aku ukir senyum dengan jawapan tu.
YOU ARE READING
All Of A Sudden
RastgeleNajwa Farisha...Kisah cintanya berakhir sebaik sahaja tiba di Malaysia.4 tahun menyulam cinta yang membawa kepada pertunangan meskipun tidak rasmi.Namun segalanya hancur sebaik sepucuk surat diterima. "Will you marry me,for just 3 months..." Tiba-ti...