Lepas je kejadian aku kena soal siasat tu.Aku cadang nak bincang dengan Ezriq.
"Ezriq." panggil aku.Ketika itu Ezriq tengah tengok tv.
"Kau nak apa?." nak cakap ke tak?.Tapi aku mesti kena tahu.Kalau tak terbongkar la pasal ni.
Aku hampiri sofa single.
"Saya bukan nak tahu sangat tentang diri awak sebenarnya."
Ezriq yang tadinya baring bingkas bangun.Dahi dikerutkan lagi.
"Apa kau merepek ni?." dia cakap aku merepek?.Aku cuba buat selamba pun ada spy papa dia hidu penipuan ni.
"Kak long datang sini tadi."
Aku nampak mulut dia membentuk 'o'
"Dia beritahu yang awak design reka bentuk banglo ni.Dia beritahu juga ada dua master bedroom.Which is I didn't know about this back and then."
Ezriq pandang aku.
"Jadi?." nak je aku hempuk mamat ni guna meja kang.
"Saya tak nak kak long awak syak ada yang tak kena dengan semua ni Ezriq.Jadi saya dah buat keputusan.Saya nak tahu semua pasal awak."
Ezriq jongket kening.
"Mind our own business Najwa."
Aku bangun.
"Suka hati la Ezriq.Sebenarnya tak jadi masalah buat saya.Sebab bila tamat je semua ni saya akan pergi.Jadi masalah akan beralih pada awak.
"Saya berusaha untuk tutup penipuan ni.Tapi awak tak pernah buat apa-apa untuk tu.Apa yang hebat sangat dengan awak sebenarnya huh Ezriq?."
Air mata dipipi kirinya mulai mengalir.Lantas kunci swift milikny dicapai
Dan dia pergi dari situ.
YOU ARE READING
All Of A Sudden
RandomNajwa Farisha...Kisah cintanya berakhir sebaik sahaja tiba di Malaysia.4 tahun menyulam cinta yang membawa kepada pertunangan meskipun tidak rasmi.Namun segalanya hancur sebaik sepucuk surat diterima. "Will you marry me,for just 3 months..." Tiba-ti...