"Macam tu la?.Kau dengar ke tak sebenarnya ni?.
Aik.Marah.
"Dengar la.Yang awak nak marah-marah ni kenapa?." Ezriq jongket kening.
"Aku bukan marah.Kan aku tanya kau." Ezriq hampiri pintu.Password ditekan.
"Kalau kau nak balik kau boleh balik." dia halau aku?.
Aku hampiri Ezriq.Lengan dia aku sentuh.Ezriq tutup balik pintu.
Aku tundukkan wajah.Air mata aku dah mengalir.
Ezriq tanggalkan shawl aku.Aku biarkan je.Lepas tu tubuh aku dipeluk erat.
"Menangis la kalau kau rasa itu yang terbaik.Aku memang selalu buat kau sedih kan?."
Air mata aku berterusan mengalir.
"Walaupun aku tak tahu berapa titis air mata kau yang dah mengalir sebab aku."
Ezriq sambung.
"Aku tak tahu kenapa kau masih dengan aku.Aku..." aku leraikan sendiri pelukan tu.
"Bila masa saya menangis sebab awak?."
Habis kenapa kau menangis?." tanya Ezriq.Aku lap air mata.Shawl aku pakai balik.
"Saja.Nak tengok reaksi awak."
Saja?.Tak nampak macam saja pun.Buat dia risau je.Nampak macam orang yang ada masalah je.Tapi gadis tu nak ke ceritakan padanya?.
"Lain kali jangan buat lagi." nasib baik Ezriq tak marah aku.
"Kau dah berhenti kerja eh?." aduh.Tak suka la cakap pasal ni.Aku tak jawab soalan tu.
"Jom balik." Ezriq hanya menurut.
Dipandangnya wajah cantik comel milik gadis itu.Mesti ada sesuatu yang disembunyikan gadis itu.
'Biarlah dulu.Biar dia tenang dulu.' ucapnya dalam hati.
YOU ARE READING
All Of A Sudden
RandomNajwa Farisha...Kisah cintanya berakhir sebaik sahaja tiba di Malaysia.4 tahun menyulam cinta yang membawa kepada pertunangan meskipun tidak rasmi.Namun segalanya hancur sebaik sepucuk surat diterima. "Will you marry me,for just 3 months..." Tiba-ti...