Mata dibuka sebaik kedengaran bunyi jam loceng.Jam dimatikan.
Dalam samar-samar cahaya nampak macam ada seseorang disebelahnya.
Lampu dibuka.Ezriq?.Aku nampak Ezriq tengah lena tidur.Aku check dalam selimut.Fuh.Pakaian aku masih lengkap.Baguslah.
Lampu bilik aku buka.Ni bukan bilik aku.Ni bilik Ezriq.
Macam mana aku boleh tersesat dalam bilik ni?.
Aku tidur sebelah Ezriq?.
Melampau.
"Ezriq bangun.Solat subuh." ucap aku tepi katil.
"Ezriq." jerit aku ditelinga dia.
Dia bangun.Sambil pandang aku tajam.Nak marah aku la tu.Aku nak kejutkan bangun solat je.
Dia menuju ke bilik air.Lepas berapa minit dia keluar.
"Jom la kita solat berjemaah."
Aduh.Aku mana boleh solat.Aku cuti.Nak beritahu apa ni?.
"Saya..." dia ukir senyum.
"Aku tahu.Lupa ke aku..." dia ampar sejadah.
"Aku solat dulu la.Nanti aku cerita." aku hampiri beranda bilik Ezriq.
Lepas berapa minit Ezriq selesai solat.
"Malam tadi masa tengah tengok running man kau tertidur.Aku angkat la kau masuk bilik aku.Dah bilik tu je dekat ditambah dengan keberatan kau.I have no choice."
Aku hanya mendengar.
"Kan pintu bilik kau selalu kunci.Takkan aku nak biarkan je kau tidur dekat ruang tamu tu."
Oh.Okay teruskanlah.
"Aku angkat kau atas katil.Aku mana ada sofa dalam bilik ni.Jadi aku ambil keputusan tidur sebelah kau."
Nasib baik aku bendera merah.Kalau tak.
"Oh okay.Saya nak masuk bilik dulu."
Baru je nak melangkah pergi lengan aku disentuh.
"Kau tak marah aku kan?."
Aku geleng.Nak marah?.Tadi ada la aku bengang sikit.Lepas je dia cerita aku percaya.
Percaya Ezriq takkan apa-apakan aku.
"Besok boleh la kau tidur sini lagi kan?." aku ukir senyum.
"Boleh ke?." Ezriq angguk.
Aku tersentak sejenak."Tak nak la.Saya takut."
Aku takut terpeluk dia.Entah aku rasa macam nak peluk Ezriq bila dia selalu dekat dengan aku.
"Takut aku?.Fikir aku apa?." aku jongket kening.
"Bukanlah.Awak kan lelaki saya perempuan.Apa-apa pun perempuan yang akan tanggung semuanya."
'Tapi aku suami kau.' ucapnya dalam hati.
"Heol.Jauh kau berfikir.Aku bukan macam tu la."
Eleh."Tapi tak mustahil kan?."aku melangkah pergi lepas tu.
YOU ARE READING
All Of A Sudden
RandomNajwa Farisha...Kisah cintanya berakhir sebaik sahaja tiba di Malaysia.4 tahun menyulam cinta yang membawa kepada pertunangan meskipun tidak rasmi.Namun segalanya hancur sebaik sepucuk surat diterima. "Will you marry me,for just 3 months..." Tiba-ti...