Apa perasaan aku bila satu katil dengan Ezriq?.
Mestilah jantung aku berdegup sangat kencang.Dia je yang boleh buat jantung aku berdegup tersangat kencang.
"Kau dah tidur?." heol.
"Belum." jawab aku.
"Tak boleh tidur kan?." mana dia tahu ni?.
"Hmm." jawab aku.
"Aku lapar la.Boleh kau masakkan sesuatu untuk aku?.Yang paling simple?."
Maksud dia mi segera?.Itu je yang simple bagi aku.
"Okay." lampu tidur aku pasang.
Aku bangun dari katil.Lega.Jantung aku dah berdegup normal.
"Buka pintu ni." arah aku.Ezriq buka pintu.
"Bagi balik kunci saya." Ezriq serahkan kunci yang dari tadi dia simpan tu.
Langkah aku bawa ke dapur.
Kabinet aku buka.Sebungkus Mi segera perisa kari aku capai.
Sementara tunggu air mendidih aku potong sayur kobis dengan sosej.
P/s:try la buat.Gerenti sedap.
Masukkan serbuk perencah.Lepas tu masukkan mi segera,sayur dan sosej.
Tunggu beberapa minit dan siap dihidangkan.
Aku letakkan mangkuk berisi mi segera yang siap aku masak depan Ezriq.
Dia pandang pelik.
"Apa ni?." huh?.Takkan dia tak tahu kot.Instant noodles nak yang lebih difahami lagi orang gelar maggi.
Takkan dia tak pernah nampak maggi?.Seolma (it can't be).
"Maggi." jawab aku bersahaja.
YOU ARE READING
All Of A Sudden
RastgeleNajwa Farisha...Kisah cintanya berakhir sebaik sahaja tiba di Malaysia.4 tahun menyulam cinta yang membawa kepada pertunangan meskipun tidak rasmi.Namun segalanya hancur sebaik sepucuk surat diterima. "Will you marry me,for just 3 months..." Tiba-ti...