Wajah diraup.Keluhan dilepaskan.Soalan tadi betul-betul menjeratnya.Aku cintakan Najwa?.
Jujur rasa suka tu dah tertanam dalam hatinya.Cuma dia tak tahu.
Itu cinta ke?.Sebab tu dia kena tunggu.
Untuk pastikan betul ke perasaan yang dia rasa ni cinta?.Satu soalan yang kerap bermain difikirannya akhir-akhir ni.
"Ezriq." bahunya disentuh lembut.Gadis itu.
"Kau pergi mana tadi?."
Aku dekat Cafe la.Uncle suruh buat resepi baru.
Dekat dapur sepanjang masa.
Tak boleh ambil order.Seronoklah Qaira dapat ambil pesanan orang kacak.
"Cafe la.Saya nak pergi mana lagi?.Nak lari awak tak bagi."
Tapi tadi.Lupakan.
"Awak ada datang Cafe ke tadi?.Cari saya?."
Kening dijongket.
"Jangan risau Ezriq.Saya takkan lari.Selagi belum masanya saya takkan sesuka hati tinggalkan awak."
Wajah cantik comel itu dipandang lama.
Dia akan merindui gadis ini.
"Jom masak.Saya nak awak ajar saya."
Dahi dikerutkan.
"Boleh kan?." dia blur sekejap.
"Tengku Ezriq Reza.Boleh ke tak ni?."
Lambat-lambat dia angguk.
Langkah dibawa ke dapur.Gadis itu mengikutnya dari belakang.
Menu hari ni tom yam.
"Kita mulakan dengan potong sayur.Aku nak tengok cara potongan kau."
Najwa hanya menurut.
Selepas setengah jam lamanya masakan pun siap.
YOU ARE READING
All Of A Sudden
De TodoNajwa Farisha...Kisah cintanya berakhir sebaik sahaja tiba di Malaysia.4 tahun menyulam cinta yang membawa kepada pertunangan meskipun tidak rasmi.Namun segalanya hancur sebaik sepucuk surat diterima. "Will you marry me,for just 3 months..." Tiba-ti...