Part 1

887 42 7
                                    

Semasa aku di sekolah rendah, aku ni tak banyak cakap sebab aku ni pemalu. Bukan sekolah rendah je. Dari tadika lagi. Aku masih ingat lagi. Waktu tadika dulu iaitu pada tahun 2006/2007 aku selalu kena buli dengan budak nama Aina. Apa yang dia suruh semua aku buat. Dulu, aku ni tak pandai jawi. Aku suruhlah Aina ajar aku jawi. Ternyata ajarannya sesat... Orang semua sebut huruf bermula dari Alif, Ba dan Ta. Aku je yang start dari Ya, Hamzah dan Lam Alif. Haha! Aku masih ingat lagi. Si Aina tu selalu berkepit dengan Soraya. Kalau Aina tak berjaya untuk buli aku, Sorayalah yang akan buli aku. Bila dikenangkan terasa kelakar pula. Naif juga aku ni ya...

Ya. Seperti yang dikatakan. Aku ni seorang yang pemalu. Kat dalam kelas, sekiranya cikgu menyuruhku untu menjawab soalan, aku hanya menggeleng- gelengkan kepala untuk menjawab soalan. Tak kiralah subjek apa pun, semuanya sama sahaja. Aku akan mengeluarkan suara ketika waktu subjek yang aku suka sahaja. Haha. Subjek'Tulisan Berangkai'. Sampai sekarang aku terfikir wujud lagikah subjek tu? Dulu, aku pernah ditegur oleh Cikgu Azlina ketika darjah satu kerana aku ni teralu diam di dalam kelas. Masihku ingat lagi dialog yang pernah beliau katakan kepada aku.

"Kamu ni diam sangatlah. Cuba jawab guna suara. Keluarkan suara tu. Bukannya cikgu nak makan kamu pun. Lain kali, kalau kamu jawab dengan cara menggeleng- gelengkan kepala, cikgu akan cakap yang cikgu tak faham. Nak?"

"Tak, cikgu."

"Ha... Ada pun suara. Bukan tak sedap pun. Sedap rupanya..."

Sejujurnya...Waktu  aku darjah satu, aku paling tak suka Cikgu Azlina. Bagiku, beliau adalah seorang guru yang garang. Garang dari suaranya. Setiap kali waktu Cikgu Azlina, mesti aku akan mula cemas seakan- akan macam ada kebakaran di kawasan sekolah. Sampai begitu sekali pemikiranku. Tetapi, ketakutan itu hanya untuk satu tahun sahaja kerana pada 2008 iaitu semasa aku darjah dua, Cikgu Azlina telah pun ditukarkan ke sekolah baharu. Alhamdulillah... Bernasib baik sungguh aku. Hahaha. Tak adalah! Sebenarnya, rasa rindu muncul di dalam hatiku. Semasa muka ku dibaling bola, Cikgu Azlinalah yang membantuku. Kawan- kawan yang lain hanya reti memandang sahaja. Sakitnya hati! Never mind! Ada ubi ada batas. Kau tunggu nasib kau nanti kawan-kawan!

Semasa 2008, aku dimasukkan ke dalam kelas 2 Kenanga. Aku suka kelas tu. Dahlah budak-budaknya peramah. Baik pula tu. Aku suka kawan dengan diorang! Perasaan malu ku mulai kurang secara automatik. Aku sudah mempunyai teman yang ramai berbanding dahulu. Aku mula berkawan dengan orang ramai termasuklah yang famous- famous macam Mai, Tisya dan Maria. Hoho. Aku ingat kan diorang sombong rupa-rupanya baik orangnya. Tulah. Bak kata pepatah Inggeris 'Don't judge the book by it's cover'! Fuhhh... Tulah ayat yang paling power aku pernah dengar.Seriouslah. Aku ni kalau tak paksa diri untuk bercakap, tak dapat kawan dengan orang- orang famous ni. Mak aku kata, kalau kau nak kawan banyak, kaulah yang kena start bercakap dan berkawan dengan diorang dulu. Kalau nak tunggu dia yang cakap dengan kita dulu, memang tak kesampaian lah....

Aku dah cerita ke kat korang yang aku ni ada kembar? Kalau belum, aku nak korang tahu yang aku ni ada kembar. Muka kitorang memang sama. Haha. Dah nama pun kembar. Mestilah sama kan? Kembar aku ni berlainan daripada aku. Tapi aku still tak faham kenapa orang selalu kata "Sebenarnya korang takde beza pun. Dua- dua sama. Muka sama, perangai malunya sama... Semua sama." Aaarrrghhh! Aku tak samalah dengan dia. Kenapa orang selalu fikir kembar mesti semua kena sama? Aku tak samalah dengan dia. Dia lain. Best friend aku kata pun yang kitorang ni berbeza.

Aku boleh list kan apa yang berbeza tentang aku dan kembar aku. Senyuman aku lain. Aku senyum macam... Senyum. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana tapi kembar aku pulak, aku boleh ungkapkan macam mana dia senyum. Korang kenal tak Chef Wan? Siapa yang tak kenal. Dialah chef yang paling famous aku pernah jumpa. Pernah tengok Chef Wan senyum? Ha... Macam tulah cara kembar aku senyum. Seterusnya, kitorang punya fesyen memang berlainan. Orang kata, kembar aku ni fesyen dia muslimah sikit. Dia pakai tudung labuh- labuh. Pakai arm socks. Kalau aku tak. Aku pakai still muslimah dan memakai apa yang Islam benarkan cuma aku ni taklah semuslimah dia. Ha.. Macam tulah. Korang kalau ada kembar ke, sharelah cerita korang dekat komen di bawah. Amat dialu- alukan. 


Kawan Tak GunaWhere stories live. Discover now