Aduhhh!!! Sakitnya perut! Dahlah hari ni second day of period! Apalah nasibku. Sakitnya pula kena di tempat graduasi aku pula tu! Sabar... Sabar... Mungkin ini adalah cara Allah nak menguji aku.
Aku kan, kalau period selalu sakit perut. Setiap kali sakit, biasanya aku mesti tak datang sekolah sebab sakitnya amatlah tersangat! Dalam bahasa saintifiknya kita panggil, Dysmenorrhea. Sakit dia rasa macam nak mati. Lebih sakit daripada kau sakit perut berak cair atau cirit-birit. Sakit perut dia memulas habis! Rasa macam perut disiat- siat! Omggg!!!
Alhamdulillah! Sekarang tiada lagi...
UM besar gila wei! Sampai tandas pun aku tak jumpa! Ke hulu hilir... Tak jumpa-jumpa. Perut bertambah- tambah sakit! Aduhhh... Nak pengsan dah. Duduk cangkung kejap lah kat mana-mana yang kosong.
"Aminah! Puas kitorang cari awak! Awak pergi mana??? Kenapa ni??? Awak okay tak ni?" kata Hidayah.
Alhamdulillah! Syukur dapat juga jumpa Nurul dan Hidayah. Huuu... Sakit...
"Korang... Tandas kat mana? Kita sakit perut period... Dah tak tahan dah..." balasku dengan nada keletihan.
"Ni. Belakang awak je. Haha! Konfius eh? Jom- jom kita pergi. Kita ada minyak cap kapak kalau awak nak." kata Nurul.
Syukur sangat- sangat.
***
Handsomenya Farhan ni.... Kata hatiku. Aku tak tahu kenapa rasa warm dan selamat je duduk sebelah dia. Kalau boleh rasa macam tak mahu berpisah je dengan dia. Please... Harap- harap next year dia masuk sesi petang sama dengan aku.
"Aminah! Jom! Kita berlatih nasyid." kata Hidayah.
Berlatih celah mana pula ni? Majlis dah nak start. Aduhhh... Kacau daun la. Kan dah berlatih berpuluh- puluh kali.
Ohhh... Tak tahu pula UM ada kantin. Fuhhh... Nanti lepas SPM nak masuk sini lah. Ok. Kantin dah tahu. Dewan pun dah tahu. Toilet pun dah tahu. Wokayh! Sesuai sangat!
Bermulalah latihan nasyid. Betul- betul dekat belakang dewan kitorang berlatih.
Terkenang sebuah memori lalu
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejatiNasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenangkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupanLepas dah habis berlatih, kitorang terus naik atas dewan. Fuhhh... Rasa gementar pula nak nyanyi. Eh? Mana Farhan??? Apa ni??? Huk... Ala...
Mood aku terus down bila muka dia tidak terkelihatan. Ish! Buat apa aku nak down pula ni? Bukannya aku kenal dia or famili dia. Hurmmm... Mana Farhan? Aku taknak berjauhan dengan dia.
Sejujurnya, aku tak tahu kenapa aku rasa sedih. Aku takut kehilangan dia. Kalau boleh, aku nak hidup selamanya dengannya. Tapi macam mana??? Dia tak kenal aku. Hurmmm...
YOU ARE READING
Kawan Tak Guna
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar. Akan ku ceritakan kesemuanya kisah ini 100% di dalam karya ku ini. Cerita berdasarkan dari pengalaman hidupku. Sampai sekarang aku masih ingat lagi betapa tak gunanya kawanku itu. Walaupun aku sudah memaafkan dia...