Haha! Korang suka tak sambut birthday atau hari jadi atau ulang tahu korang? Aku suka sangat sambut birthday waktu kecil dulu. Setiap kali hari jadi aku, nenek aku mesti akan panggil cousin-cousin aku datang rumah. Maklumlah kitorang ni kembar, mestilah buat special sikit. Dulu kan, macam- macam hadiah aku dapat. Teddy bear! Barbie! Poly Pocket! KOrang tahu tak Poly Pocket? Ala.. Yang macam barbie tu. Tapi Poly Pocket lebih cantik daripada Barbie. Barbie scary... Aku tak tahu macam mana waktu kecik dulu aku suka gila kat Barbie. Dah muka macam hantu. Dengan makeup nya yang tebal... lipstick pink. EEEEE!!! Pastu, aku dapat rumah Barbie. Kalau tak silap Aunty Aziah kot yang kasi. Ke Opong(nenek saudara). Entahlah.
Waktu aku kecik dulu, setiap kali dapat hadiah Opong aku mesti akan bagi hadiah yang berbeza. Maksud aku macam orang lain kan kalau dengar je kembar, mesti beli hadiah bagi sama kan? Opong aku tak, Dia akan bagi benda yang tak sama. Kalau mainan kembar aku colour pink, aku punya pulak colour biru. Waktu aku kecik, aku selalu bagi chance dekat kembar aku. Kalau hadiah lagi satu tu buruk, aku akan volunteer untuk ambil yang buruk dan yang cantik tu aku bagi kembar aku. Aku pun tak tahu kenapa sikap aku camtu. Tapi boleh dikatakan, aku ni agak bertimbang rasalah. Cehh... Bolehlah..
Setiap kali hari jadi, kek mesti ada dua. Satu untuk aku dan satu lagi untuk kembar aku. Mmmm...Dap! Kek coklat memang sedap. Pastu, aku still ingat. Atas kek tu akan ada tulis "Happy Birthday Aminah dan Amani."Macam tulah. Ya.. Pastu benda yang paling mak aku tak suka ialah bila saat kek itu tidak dapat dihabiskan. Dahlah kek tu besar. Beli pulak dua. Pastu, yang baki- baki orang kat rumah jugalah yang kena habiskan. Mak aku kata "Next time, beli kek satu pun dah cukup. Tengok ni. Ibu terpaksa simpan kek yang banyak ni dalam peti ais. Lepastu, bila simpan, tak adalah pulak orang nak makan. Lepastu basi... Terpaksalah buang kek ni. Membazir je. "
Haha. Aku ingat lagi. Waktu tu darjah 2 rasanya. Kalau tak silap lah. Aku cakap kat cikgu,
"Cikgu. Esok saya tak boleh datang."
"Kenapa pulak tak boleh datang?"
"Sebab esok hari jadi saya. Nenek saya selalu panggil orang datang rumah setiap kali ada birthday saya."
Haha. Cikgu aku hanya mampu bersenyum sahaja apabila mendengar kata- kata aku. Haha. Tapi aku memang serius. Setiap kali birthday, aku mesti tak datang. Tetapi semua itu berakhir sehinggalah aku darjah tiga. Darjah 3 aku prefer untuk datang sekolah masa hari birthday. Eh jap. Yeke? Bukan birthday aku hari Sabtu ke? Aku pun dah ingat- ingat lupa. Wallahualam. Hanya Allah sahaja tahu hari bila birthday aku ketika tahun 2009. Haha! LOL!
Tapi kan, bila kita semua sudah meningkat usia untuk menjadi tua, birthday tidak disambut dengan meriah sama macam zaman korang kecik. Itu sudah semestinya semua orang akan alaminya. Jadi, janganlah bersedih wahai kawanku diluar sana. Membazir je kalau buat jamuan makan- makan birthday ni.
Semasa 13 Ogos 2009...
"Awak. Lepas ni ada latihan nasyid kan? Kita nak nyanyi sebelah awaklah." tanya Puteri.
"K. Tu je ke?"
"Yup.. Haha kenapa?"
"Hmph! Camnilah kawan... Takpelah..."
"Haha! Yelah... Kita nak bagi awak hadiah ni. Happy birthday!" kata Puteri sambil bersenyum.
"Ohoho! You're right, friend! Thank you! Ingatkan dah lupa. OHOHOHO!"
"Hmph! Dah mulalah tu buat perangai. Dah tahu sangat. Hmm...Birthday kita nak bagi apa pulak nanti?"
"Bukan dah lepas?"
"Ahahaha. Lupa pulak. Takpe kita sambut buat kali kedua pulak."
"Bye... Nak chiao!"
Puteri hanya bersenyum melihat telatahku. Dia memanggil namaku berkali- kali. Aku memandang ke arahnya dan tertawa besar. Kemudian datang pula yang lain untuk wish birthday aku. Walaupun yang lain tak ada bagi hadiah, aku still happy. Bagi aku hadiah tak begitu penting. Yang penting kawan kita ingat hari jadi kita. Happy gilerrr! Sayang doh kat korang yang wish aku waktu tahun 2009. I love you! Muah! Muah!
13 Ogos 2012...
"Happy birthday awak!"
"Terima kasih awak!"
Aku benci kau! Sebab kau, hidup aku hancur! Kau tak payah wish aku pun tak apa. Aku tak kisahlah! Aku tak suruh pun kau wish aku. Kaulah yang merosakkan hidup aku... Aku harap kau sedar dengan apa yang kau buat kat aku selama ni.
YOU ARE READING
Kawan Tak Guna
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar. Akan ku ceritakan kesemuanya kisah ini 100% di dalam karya ku ini. Cerita berdasarkan dari pengalaman hidupku. Sampai sekarang aku masih ingat lagi betapa tak gunanya kawanku itu. Walaupun aku sudah memaafkan dia...