Part 23

65 6 1
                                    

"Awak... Semalam kan. Farhan bagitahu kita yang dia rindu anak Puan Roziati, Aina..." kata Nurul.

Siapakah Aina? Aina ni anak Cikgu Roziati, guru sekolah kebangsaan aku. Dia ni dulu pernah sekolah agama sama dengan aku dulu. Sekolah kebangsaan pun sama. Farhan kenal dia melalui sekolah agama. Farhan dulu suka si Aina. Entah macam mana pula dia tetiba rindu dekat Aina.

Biasalah manusia, kadang- kadang hadir rasa rindu terhadap sesorang. Jadi, tidak menjadi masalah bukan? Tapi, aku yang dulu amatlah berbeza. Bila dapat sahaja berita tu terus merajuk. Lepas merajuk tu, tetiba Nurul cakap,

"Awak nak tahu tak satu perkara?"

"Apa dia?"

"Farhan sebenarnya tak setia..."

"Apa maksud awak? Tak faham."

"Dia... Janji jangan marah eh?"

"Ok. What is it?"

"Sebenarnya, kita dengan dia tengah couple senyap- senyap. Awak jangan bagitahu dia..."

"Siapa... Siapa yang minta couple?"

"Kita. Lepastu, dia cakap OK."

"Sampai hati awak..."

Aku sudah agak dah yang Nurul hanya berkawan dengan aku untuk merapatkan diri dengan Farhan. Dari cara dia, layanan dan sebagainya sudahku tahu dari awal. Kau kawan dengan aku hanya kerana lelaki? Rupanya kau tidak ikhlas dalam persahabatan.

Balik tu, aku terus mesej Farhan. Hahaha. Lawak rupanya disebalik perkataan 'OK' itu.

"Aku just cakap OK je kat dia. Tak cakap pun nak couple. Baik cakap OK daripada kena tanya banyak soalan. Dia tu... Haishhh... Malas aku nak layan." kata Farhan.

Esoknya...

"Kita dah break! Puas? Awak kata dah janji taknak bagitahu dia? Apa ni? "

Nasib kau lah Nurul. Aku dah taknak percaya dengan kau lagi. Kirim salam jelah wei!

Kawan Tak GunaWhere stories live. Discover now