Pernah tak korang dengar asam garam kehidupan? Semua orang akan mengalaminya. Memang tipulah kalau korang tak pernah. Nasib malang semua tu adalah asam garam kehidupan. Kadang- kadang asam garam ni dapat dilupakan. Tapi, bila korang dah tak boleh tahan dah untuk melupakannya, muncullah memori hitam. Memori hitam tu akan selalu terbayang- bayang dalam fikiran kau. Kau cubalah untuk memadamkan memori tu. Takkan terpadam punyalah. Memori hitam tu akan kekal sampai kau dah anak, cucu dan cicit. Senang cerita, kau akan ingat memori tu sampai bila- bila walaupun kau taknak.
Sebab tulah aku tulis memori tu kat sini supaya korang dapat jadikan cerita aku ni sebagai pengajaran. Aku taknak insan diluar sana senasib dengan aku. Korang kalau nak buat sesuatu, fikir dahulu. Nak pilih kawan pun, pilihlah yang baik- baik. Tak payah nak kawan dengan orang- orang yang famous ni. Sesetengah daripada diorang ni, muka je cantik,comel dan kacak tapi hati...Ya Allah! Hitam macam arang! Arang pun lagi mulia daripada hati diorang. Arang nampak je hitam tapi di dalam putih.
Sudah bertahun- tahun perkara tu berlalu. Aku cuba untuk melupakannya tetapi masih tidak berjaya. Kalau dikira dengan jari, sudah lima tahun setengah perkara tu berlaku sejak aku dari darjah enam lagi. Fuhh... Dah nak dekat enam tahun dah. Dahsyat betul orang tu! Aku pun tak tahu macam mana kau buat plan untuk gelapkan memori aku... Sorry to say lah... Aku memang dah maafkan kau tapi kau ingat perasaan benci ni boleh senang- senang hapus ke? Seriuslah, aku benci kat kau.
Aku ingatkan bila dah masuk sekolah menengah dah tak jumpa kau. Eh? Jumpa lagi kau rupanya. Ingatkan dah pergi jauh. Hmmm... Ingatkan, bila kau dah masuk sekolah menengah dah berubah sikit perangai. Rupanya haram! Satu pun tak berubah. Memanglah tak berubah. Pilih kawan pun entah apapa. Tapi bak kata orang, kita tak boleh nak judge sesiapa sebab itu semua kuasa Allah. Mana tahu nanti dia jauh lebih mulia daripada kita, kan? So, aku tak boleh nak berbuat apa sebab itu dia punya hidup. Dia sendiri pilih jalan untuk dia hidup. Kita tak boleh paksa dia untuk berubah serta merta.
Aku mengaku. Aku pun banyak sakitkan hati orang lain tapi aku minta maaf. Macam ada orang tu, sebenarnya aku tak cari pasal pun dengan dia. Dia yang cari pasal dulu. Katanya aku ni pengkhianatlah... Diri sendiri tak nak cermin dulu nak kata orang. Haihh... Apapa lah! Aku dah malas nak layan. Orang cakap baik- baik di ignore pula aku. Cuba kalau aku ignore. Bermacam- macam soalan yang dituju kat aku.Oklah! Yang dah lepas, let it go. Jngan difikirkan. Lagi diingatkan, lagi panas pula hati ni.
Mari kita mulakan cerita! Ayuh!
Seperti yang korang tahu, aku ni pemalu orangnya. Korang juga tahu bahawa aku ni ada kembar. Muka kitorang susah untuk dibezakan. Itu pun bak kata orang luar. Setiap tahun, aku mesti kelas sama dengan kembar aku. Mak aku kata"Senang sikit. Homework pun sama. Subjek pun sama. Senang nak ajar.Tak adalah pening. Kalau kelas tak sama, homework pun berbeza. Kang nanti sorang tanya homework maths. Sorang lagi nak tanya Sains. Pening."Mak aku adalah seorang guru Bahasa Melayu dan Matematik di sekolah rendah sekitar kawasan SS2. Jadi, kalau kitorang tak faham soalan homework, mak akulah yang tolong ajarkan. Kalau english, ayah aku boleh ajarkan. Ayah aku terer english. Dia dulu sekolah orang putih. Itu apa yang mak aku katalah. Tapi ayah aku selalu balik lambat. Jadi kalau aku ada homework english, menangislah kalau nak tunggu ayah aku balik. Ayah aku suka duduk kat ofis. Aku pun tak faham apa yang best sangat kat ofis. Orang lain balik kerja waktu petang. Ayah aku pula, malam. Paling awal pun sebelum maghrib. Yup!
Kat sekolah kan, cikgu selalu keliru mana satu kakak dan adik. Lepastu yang si adik gelak dan akan cakap,
"Saya adik. Kakak ada dua tahi lalat kat pipi."
Lepastu aku akan marah dia dan cakap,
"Ish!!! Apa yang kelakarnya. Perlu ke cakap akak ni ada tahi lalat? Akak tak sukalah!"
Ramai orang kata tahi lalat tu manis tetapi bagi aku tidak. Kakak aku selalu ejek aku tahi lalat. Pastu dia kata sebenarnya lalat berak kat muka aku. Lepastu entah macam mana dia melekat tak boleh nak dihapuskan. Aku pun percayalah dengan kata- kata beliau. Setiap kali aku nampak lalat, mesti hatiku mencarut- carut di dalam.
"Pergi kau! Dahlah berak kat muka aku! Kau pembawa malang petaka!"
Lebih kurang camtulah. Aku pun percayalah apa yang kakak aku cakap sehinggalah umur aku 14 tahun. Ishh!!! Aku rasa geram betul bila dapat tahu sebenarnya lalat tak berak kat muka aku. Tu pun setelah perasaan ingin tanya tu datang...
"Umi. Akak nak tanya. Betul ke akak ada tahi lalat sebab lalat berak kat muka akak?"
"Haha. Takdelah. Tipu je tu."
"Kak cik jahat!!! Rupa- rupanya dia tipu akak selama ni. Aarrgghh! Dari akak 5 tahun pulak tu dia tipu... Panas pulak hati ni. Blurr nye akak selama ni!"
Serius. Aku tak tipu. Bertahun- tahun aku tak sedar yang aku ni telah ditipu oleh kak cik. Semenjak tu, aku berhati- hati bila nak cakap dengan dia. Takut ditipu lagi. Aduhh.. Terkejut beruk aku bila dapat tahu. Tak sangka pula aku percaya benda- benda camtu. Aduhh... Hahahaha! XD
YOU ARE READING
Kawan Tak Guna
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar. Akan ku ceritakan kesemuanya kisah ini 100% di dalam karya ku ini. Cerita berdasarkan dari pengalaman hidupku. Sampai sekarang aku masih ingat lagi betapa tak gunanya kawanku itu. Walaupun aku sudah memaafkan dia...