Waktu rehat...
"Aminah. Kau ok? Taknak rehat?" tanya Muaz.
"Taknak."
Cepatlah dia pergi. Aku tak suka bila aku sedih, tetiba ada orang dalam bilik yang sama dengan aku. Entahlah! Aku rasa macam tak selesa.
Dup dap... Dup dap... Dup dap...
Oh my god! Kenapa nak dup dap dup dap pula hati aku ini? Cinta? Tak... Tak... No! Aku suka orang lain. Siapa lagi? Hihihi... Yang si tinggi gigi rabbit tu lah.
Tapi...
Muaz handsome juga. Sadly to say... Dari situ bermulalah rasa cintaku terhadap Muaz. Aku tak tahu apa yang membuatku jatuh cinta. Nak dibandingkan Muaz dengan Lee Min Ho, handsome lagi Lee Min Ho.
Hurmmm...
Tak lama kemudian, dia keluar dari kelas setelah dia habis menyelesaikan tugasannya. Rajinnya dia... Dahlah pandai cakap orang putih tapi.. Satu sahaja kelemahannya!
Dia pelat nak sebut huruf 'R'. Dia sebut 'R' macam... Bukan macam orang putih tapi... Ok lah bagi aku sebutan 'R' dia tu macam sebutan 'R' budak- budak gedik kat sekolah aku. Haaa... Pandai-pandai kau orang bayangkan.
Haihhh... Mana dua orang best friend aku ni? Orang tengah sedih ni. Dahlah tak membantu untuk menenangkan diriku ini.
Diorang ada juga bantu aku tadi tapi aku tak suka dan aku dah pesan. Aku paling pantang bila mataku mulai berkaca orang dah cakap 'janganlah nangis'. Masalahnya aku tak nangis lagi. Tak jatuh lagi air mata itu ke tanah. Baru nak mula jadi kaca.
Aku pelik tau. Bila orang kata 'janganlah nangis' aku paling cukup benci. B.E.N.C.I sebab, aku akan jadi lebih lemah dan terus negatifkan pemikiran aku. Bila dah negatif, otakku memberi arus dan tindak balas serta memaksa diriku untuk menangis. That's why I don't like it. Lepastu bila menangis, orang kata yang aku ni kuat menangis. Malu tau! Malu tau bila kita ni terkenal sebagai orang yang suka menagis.
"Aminah. Dah ok dah?" tanya Hidayah dan Nurul.
"Hmmm... Dah ok dah."
Sebenarnya aku sedih sangat-sangat. Rasa macam hati dipanah sahaja bila insan yang digelar 'adik' dapat masuk kelas yang lebih bagus daripada insan yang digelar 'kakak'. Aduh duh duh duh... Redha lah wahai hati. Berdoalah kepada Allah yang Maha-Besar. Bukan setakat doa sahaja malah bersyukur apa yang telah Allah tetapkan. Itulah yang dinamakan ujian. Mungkin Allah memberi aku ujian seperti agar menjadi yang lebih baik daripada Amani? Wallahualam...
"Awak tak lapar ke?"tanyaNurul.
"Dah kenyang..."
"Patutlah awak kurus. Malas makan!" kata Hidayah secara tiba-tiba.
Betul tu. Aku ni malas makan. Dari dulu sampai sekarang, berat aku cuma 35, 36, 34. Tidak pernah sampai 40 kg. Paling tinggi pun 37 kg. Ops! Yang lebih tu jangan terasa. Ahaha! Astaghfirullah... Tak baik mengata orang lain. Hohoho!
YOU ARE READING
Kawan Tak Guna
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar. Akan ku ceritakan kesemuanya kisah ini 100% di dalam karya ku ini. Cerita berdasarkan dari pengalaman hidupku. Sampai sekarang aku masih ingat lagi betapa tak gunanya kawanku itu. Walaupun aku sudah memaafkan dia...