Rupanya dia langsung tak kisah kawan dengan sesiapa. Nampaknya dia lebih cenderung untuk berkawan dengan Dalili. Dalili couple dengan Azman. Baru jugalah rasanya. Aku rasa Nurul kawan dengan Azman sebab dia suka Azmanlah sebab setiap kali balik sekolah, Nurul suka menyemak tumpang naik bas aku. Dia suka kacau- kacau Azman. Dalili pun tak adalah beria- ria dengan Si Azman tu sebab Azman tu muda setahun dari kitaorang semua. Nurul pula melebih- lebih. Lepastu, menyemak duduk sebelah aku. Masih mengaku aku sebagai best friend dia pula tu walaupun dah rapat dengan orang lain. Kat dalam kelas, bila aku borak sikit dengan dia, mesti kena marah. Marah, marah dan marah. Sampai aku naik takut nak cakap dengan dia. Lepastu, semua yang dia suruh, semua aku ikut. Bagai lembu dicucuk hidung. Maklumlah, aku ni suci. Mak ayah aku tak ajar buli- buli orang ni. Ops! Teriak pula. Maaf. Hahaha! Gurau sahaja.
Semakin hari, Nurul semakin meminggirkan aku dan Hidayah. Aku tidak tahu sama ada aku patut sedih atau lega. Masih berkawan tapi layan macam sampah lah. Tipu aku tanpa sebab, tak suka simpan rahsia, suruh aku buat semua yang dia suruh dan banyak lagi. Aku rasa, tidak pernah sehari pun hari yang aku tak nangis. Aku rasa menyesal pun ada kerana menjadi terlalu baik dan naif. Aku bukan apa, aku tak suka benda- benda negatif. Menyakitkan sahaja benda- benda negatif ni.
YOU ARE READING
Kawan Tak Guna
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar. Akan ku ceritakan kesemuanya kisah ini 100% di dalam karya ku ini. Cerita berdasarkan dari pengalaman hidupku. Sampai sekarang aku masih ingat lagi betapa tak gunanya kawanku itu. Walaupun aku sudah memaafkan dia...