Setelah selesai persembahan nasyid, bermulalah upacara anugerah kecemerlangan. Ustazah memanggilku untuk beratur. Haah! Ya! Aku lupa pula yang Farhan pun penerima anugerah kecemerlangan... Ustazah pun suruh aku beratur di belakang Farhan. Semakin lama ku melihatnya, semakin tinggi kadar denyutan jantungku. Aceceh... Macam jawab soalan Fizik pula. Hahaha! Ok. Aku tahu, lawak itu hambar.Inilah peluang aku untuk bercakap dengan Farhan. Say something Aminah.
"Ermm... Hai... Far... Farhan."
"..."
Aku bohong!
Aku tak cakap satu patah pun. Aku malu. Satu patah perkataan pun tidak berani keluar dari mulutku. Macam mana ni? Lepas ni, dah tak jumpa Farhan. Aku dah suruh kakak sulungku untuk mengambil gambar sepanjang upacara dijalankan. Tapi... Adakah Farhan termasuk dalam hasil tangkapan gambar itu?
Selepas tamat, aku pun baliklah. Tanganku dengan segeranya cepat mengambil kamera kakakku untuk melihat gambar itu tadi.
Aku sedih.
Farhan tidak termasuk dalam hasil tangkapan gambar itu tadi. Mood aku terus down. Aku mulai menitiskan air mata lalu masuk ke dalam bilik. Baruku tahu bahawa diriku sudah benar telah jatuh cinta dengan Farhan.
Oh ya! Hidayah kan dulu ex-girlfriend Farhan. Mestilah dia tahu nombor dan semua status Farhan. Akhirnya, dapatlah aku berkenal- kenalan dengan Farhan melalui Facebook.
Alhamdulillah!
YOU ARE READING
Kawan Tak Guna
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar. Akan ku ceritakan kesemuanya kisah ini 100% di dalam karya ku ini. Cerita berdasarkan dari pengalaman hidupku. Sampai sekarang aku masih ingat lagi betapa tak gunanya kawanku itu. Walaupun aku sudah memaafkan dia...