Part 11

132 9 1
                                    

Ayah aku merupakan nazir masjid. Aku sampai sekarang terfikir mengapa abah jadi nazir? Abah buat apa sampai dapat jawatan nazir ni? Wallahualam. Sampai sekarang aku tidak pernah bertanya kepada ayahku. Aku tak rapat dengan ayah aku. Dari kecil lagi dah set minda aku bahawa ayah aku ini garang. Itupun semenjak aku buat nakal waktu tadika. Ayah aku sebenarnya tak garang tau. Aku tanya kakak-kakak yang lain. Katanya, kitorang(aku dan Amani) adalah anak paling manja dalam rumah dan tak pernah kena marah teruk dengan abah.

Uish! Zaman kakak-kakak aku, abah garang gila!!! Ada seorang kakak aku ni,dia memang nakal yang teramat! Bukan mak aku seorang je yang tak tahan. Opah,wan dan atuk pun tak tahan. Ayah aku yang garang gila tu, libas kakak aku dengan tali pinggang! Itu apa yang mak aku cerita. Katanya sebab kakak aku memang nakal gila.

Ada lagi best...

Diorang pernah kena kurung dalam bilik air... Sumbat cili hidup-hidup dalam mulut serta dipaksa makan dab sebagainya.

Tetapu hanya aku dan Amani sahaja yang tidak pernah kena. Paling teruk pun hanya kena marah dan tepuk kaki sahajor. Aku bersyukur kerana jadi anak last :p

Oh ya! Pasal masjid tadi...

Disebabkan ayah aku ni nazir masjid, hampir setiap program masjid aku join. Sekolah agama pun kat situ. Aku paling tak suka bila cuti sekolah. Abah mesti akan daftar nama aku dan Amani untuk menyertai kem motivasi,kem bina insan,kem kesedaran dan banyak lagi. Argh! Cuti tahun ni tak tahu pula apa perancangan abah nanti. Taknak kem masjid! Asyik-asyik benda sama je aktiviti diorang buat. Setiap kali kem, wajib Qiyammulail(bangun malam). Dahlah ada satu tu, kem cuti sekolah 2012, tidur pukul 2.00 pagi, pukul 3.00 pagi dah kena bangun. My God! Penat gila!!! Hanya orang yang ada sekolah agama dan yang selalu pergi kem masjid je tahu.

Aku masih ingat lagi. Kem ni waktu 2015. Pukul 12.00 malam program habis. Aku memang penat gila! Yang pompuan-pompuan kat luar khemah pula tak reti nak tidur! Memekak je kerja diorang!

"I'm not going to sleep! There's a lot of mosquitoes! Ewww!!! It's biting me!"

Mengada betul geng-geng orang putih tu! Tidur je lah! Gedik! Macam tak pernah pergi kem. Lepastu, junior-junior non-stop menyanyi. Please! How the hell am I going to sleep peacefully? Argh!

Sedar tak sedar, mataku tutup dengan perlahan... Alhamdulillah! Tetiba...

"Hey! Everyone! Cuma diorang jelah tidur. Kalau aku taknak tidur. Banyak nyamuk!"
"Mana-mana? Can I see?" "Haahlah. Aku pun nak tidur tapi takleh nak tidur."

Tiba- tiba ustazah datang...

"Siapa tak tidur lagi ni?! Tak reti penat ke? Orang lain nak tidur. Ustazah kira sampai tiga. Siapa tak tidur, ustazah letak orang tu, tidur dalam bilik jenazah!"

Ahahaha! Serious kelakar! Tetiba semua senyap sepi. Yang tak tidur pi main fon dalam khemah. Thanks ustazah! Akhirnya dapat tidur dengan aman.

***
Orang luar kebiasaannya akan keliru nak bezakan muka saya dan Amani. Maklumlah... Kembar namanya. Mestilah sama muka. Senang je nak bezakan kitorang.

Antaranya:
1.Aku ada dua tahi lalat di sebelah kiri dan kanan mulut.
2.Aku banyak cakap.
3.Aku ni lebih suka enjoy. Amani muslimah orangnya.
4.Amani lebih tembam daripada aku. Ahaha!
5.Amani tak suka benda-benda mencarut. Aku rilek je kalau orang carut depan aku.
6.Aku friendly.(orang kata)

Dan banyak lagi perbezaan! Kalau korang nampak aku kat pasar malam ke... Pasar petang ke... Jangan pernah kata kitorang ni sama! -.- Because I don't like it! I pun tak tahu kenapa. Entah! Tak sukalah.

Dekat sekolah agama, aku paling tak suka subjek tajwid dan subjek yang Ustazah Sharifah ajar. Dahlah garang gila nak mampuuusss! Aku pernah kena cubit dengan dia dekat bontot. Berdarah wei... Dia cubit, pulas pula tu. Bukan aku seorang je yang kena. Siapa yang fail je kena cubit kat BONTOT.

Kalau tajwid Ustaz G yang ajar. Kat luar kelas kitorang ada pentas. Ustaz tahan kitorang sampai habis dewan kat pentas. Lepastu, bagi mikrofon untuk hafal tajwid. Malu doh! Semua orang pandang. Aku, Nurul dan Hidayah tutup-tutup muka guna buku. Hohoho.

Ustaz dan ustazah suka guna nama ayah aku kalau aku tak siap kerjalah... Tak hafal lah...

"Awak ni anak Nazir masjid. Tak malu ke? Nak saya bagitahu ayah kamu?"

Aku hanya mampu diam sahaja. Ermm. Sebenarnya yang pasal dialog kat atas tu, ustazah cakap kat Amani bukan saya. Kitorang kelas lain-lain start dari darjah lima. By the way, aku saja nak share...
-.- Rilek jangan marah. Yang dialog tu je aku tambah. Tapi it is based on a true story too!

Kawan Tak GunaWhere stories live. Discover now