Part 5

266 18 1
                                    

Aku masih dapat ingat dengan jelas lagi perkara yang berlaku pada tahun 2011. Perangai aku masih tidak berubah. Suka menangis dan lemah semangat orangnya. Orang usik sikit je aku mesti aku akan nangis. Aku masih ingat usikan yang Azfar buat kat aku. Argh! Geramnya. Aku ni pula terlalu naif dan mudah percaya. Macam ni ceritanya...

Aku, Nurul dan Hidayah memang kerjanya suka mengejek, mengacau serta ketwa-ketawa dalam kelas. Ada satu tu aku ejek Azfar kalau tak silap. Lepastu geng-geng aku ketawa besar. Aku dulu, kalau gelak memang terbuka luas mulut aku. Tiba- tiba pula, datang Azfar dan Aliff. Diorang kata ada tahi hidunglah kat dalam hidung aku. Aku pun dengan selambanya pergi tanya Nurul, "Awak. Betul ke ada tahi hidung? Azfar tipu je kan?" Aku pula tak tahu yang mereka berdua sudah berpakat. Nurul pun berkata benda yang sama. Habis satu kelas gelakkan aku.

Aku pun dah mula naik malu. Aku mula menangis. Hidayah cuba untuk menenagkan aku dan bawa ke dalam bilik. Dia memberitahu aku bahawa Azfar itu kuat menyakat orangnya. Tengah basuh- basuh muka, tetiba Nurul datang. Dia kata bahawa dia dengan Azfar berkata dengan benar. Aku memandang Nurul dengan muka ku yang buruk.

Aku pun berkata kepada Nurul,"Awak tahu tak. Malu tau! Malu! Dahlah kelas tu banyak lelaki. Semua gelakkan kita tadi." 

"Betul lah. tadi memang ada tahi hidung. Tak caya sudah."kata Nurul.

"Sudahlah! Awak tak payah nak tipulah! Awak dah banyak kali tipu kita!"

Dia tidak peduli dengan kata- kata aku dan terus menipu.Aku paling tak suka orang yang menipu. Dahlah menipu lepastu bila buat salah, tidak mahu mengaku. Dia ingat aku bodoh? Sebaik aku menjejakkan kaki ke tandas, bahagian cerminlah yang tuju dahulu. Sah menipu! Hidung aku bersih dan tidak ada tahi hidung langsung.Aku pun sudah malas hendak bercakap. Aku menganggukkan sahaja kepala aku dan berpura-pura percaya.

Nurul suka menipu. Aku tidak faham kenapa dia berkelakuan sedemekian. Aku sampai sekarang tertanya-tanya mengapa dia perlu menipu sepanjang masa.  Kalau sekali, tidak mengapa juga. Ini sudah melebihi daripada sepuluh kali. Aku tidak faham bagaimana orang sebegini boleh menjadi kawan aku. Buka setakat kawan sahaja malah best friend juga.

Walaupun, geram dapat kawan yang sebegitu, dialah orang yang selalu menceriakan aku di sekolah. Nurul and Hidayah. Kedua orang perempuan itu adalah best friend aku. Sekali je berborak dengan mereka berdua, takkan berhenti ketawa punyalah. Ada sahaja cara mereka untuk menceriakan orang. Sebab itulah aku suka berkawan dengan mereka berdua.

Kawan Tak GunaWhere stories live. Discover now