"Awak. Nanti masa exam boleh kita share jawapan tak? Tajwid, Fiqah semualah!"tanya Nurul.
"Mana boleh camtu. Habistu, kite macam mana? Tak aci lah kalau macam tu!!!"
"Ala... nanti aku tolonglah kau sekali. Tak fairlah kalau aku tak tolong kau kan?"
"Tak dosa ke?"
"Ala... please... kali ni je. Bukannya semua exam kita tiru awak!"
Aku dengan bodohnya, ikutkan sahaja apa yang dia minta. Bagaikan kerbau dicucuk hidung. Kejap. Bukankah lembu dicucuk hidung? Tidak kisahlah! Janji kamu semua faham. Haha! Jangan harap aku mahu beri jawapan yang betul kepada engkau! Aku masih ingat. Kalau kat sekolah agama mereka tidak menggunakan istilah jawapan A B C D. Disebabkan ianya sekolah agama, kita guna alif, ba, jim dan dal. Hoho! Pembaca yang tidak masuk ke sekolah agama atau tidak mengambil PSRA dan UPKK mesti tidak tahu bukan? HOHO!(gelak bangga) Itulah kenyataan.
Nurul dan aku pun bincanglah cara bagaimana hendak meniru. Yang itu aku tidak ingat tetapi cara untuk memanggil dengan cara bersin fake! Senang rupanya hendak meniru. Tetapi kena pandai-pandai cover line lah ya. Aku sure punyalah! Korang mesti lebih terer meniru kan? Cakap pasal meniru. Aku teringat pula dekat classmate aku yang meniru pada ujian pertengahan minggu lepas. FYI, aku kelas sains. Tapi sub-sains lah. Kitorang diberi pilihan untuk pilih samada mahu drop Bio ataupun Prinsip Perakaunan. Aku tahu bahawa aku lemah dalam mengahafal. Jadi, aku pilihlah akaun kerana aku suka mengira. Akaun senang sahaja. Debit dan kredit. Ha! Minggu lepas, hari Khamis, memang the whole day tu hanya ada peperiksaan Bio sahaja. Kami yang ambil akaun duduk dan tidak berbuat apa. Kami nampak semua budak yang meniru,
Untuk pengetahuan korang juga, sesiapa yang form 4 dan form 5 tu, setiap kali exam mesti bawa test pad dengan banyak. Ya wei! Setiap subjek memerlukan test pad untuk menjawab exam. Haritu, semasa exam Bio dijalankan, aku nampak ada budak India dan serani ni, bijak gila cara diorang meniru. Kan test pad ada plastik dia kan? Diorang letak jawapan kat dalam plastik test pad wei! Kalau sorang tidak mengapa tetapi ini, hampir semua meniru dengan cara yang sama. Ada seorang budak ni, lagilah! Siap bawa fon lagi semasa exam. Cikgu pula tidak memantau murid- murid. Asyik main fon sahaja masa itu. Aku cuma bersedia sahaja untuk mereport dekat cikgu. Geramnya. Bila aku kata mahu report, dipanggilnya pula aku Rani Kulup! Bukannya aku report benda jahat! Aku buat benda baik. Bunyi sahaja loceng rehat, aku terus berlari mengejar cikgu sehingga ke pintu pejabat. Alhamdulillah. Laporan itu disampaikan juga kepada guru disiplin. Tetapi sudahku pesan agar namaku dirahsiakan. Fuhh! Sehingga kini namaku terselamat!
Back to cerita aku dan Nurul. Aku ingat. Nurul minta aku jawapan. Tetapi aku beri jawapan yang entah apapa sahaja! Aku taknak meniru. Takut masuk api neraka. jadi, aku bagilah jawapan yang salah. Aku dengan happy nya berfikir bahawa aku sudah dapat menggembirakan hati supaya semua orang berlaku jujur dalam kehidupan. Takut gila hendak meniru. Maklumlah! Aku sudah diajar supaya tidak meniru atau melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sorry! Aku tak maksudkan yang Nurul itu jahat. Aku cuma inginkan kejujuran sahaja. That's all.
Huhu. Baru sahaja habis exam, ustaz dan ustazah sudah siap menanda kertas soalan. Sehelai demi sehelai kertas ditanda dengan pen bewarna merah. Jawapan yang salah ditulis semula oleh ustaz dan ustazalah menggunakan tulisan jawi. Maklumlah. Sekolah agama kami disuruh untuk menjawab soalan menggunakan tulisan jawi. Nervous pula rasanya! Jawi? Hmph! takyah cerita lah! Kacang je! Aku selalu dapat A dan B. Piece of cake je. Haha(gelak bangga). Aku takkkan dapat scorenya tanpa didikan ustaz dan ustazah. Betul bukan?
****
Tibalah masanya untuk mengetahui saat yang paling ditunggu- tunggu. Apa lagi kalau bukan... KAD LAPORAN! Tak sabarnya. Masa tulah perasaan aku ketika itu. Seorang demi seorang nama pelajar dipanggil. Aku dapat nombor 3 . Alhamdulillah. Berkat belajar.
"Awak. Thanks awak sebab tolong kita masa exam haritu."kata Nurul.
"Kita tak tolong awak pun. Kita bagi jawapan salah adalah. Awak jangan ingat kita bagi awak tiru! Berdosa."
"Haha XD! Tapi kita dapat nombor 2. Thank you!"
"Mana aci! Ustaz! Nurul tiru haritu. Dia mintak saya jawapan haritu masa exam!"
"Mana ada! Awak kata awak bagi jawapan yang salah kat kita kan? Maknanya kita tak meniru lah kan? Eleh! Dah jealous cakaplah!"
Geramnya aku ketika itu! Dapat nombor 2 pula dia. Menyesal aku bagi dia jawapan. Aku ingat jawapan itu ternyata salah rupanya tidak! Menangis- nangis aku balik rumah kerana menyesal. Aku cerita semua perkara itu kepada ibu. Ibu menasihati aku supaya tidak mengulangi perkara itu. Kata ibu perkara yang sudah berlaku jangan dikenang. Buat yang lebih baik daripada Nurul pada exam akhir tahun pula.
Betul kata ibuku. Peperiksaan akhir tahun masih ada lagi. Maknanya, aku berpeluang untuk mendapatkan markah yang lebih baik daripada Nurul. Mungkin ini adalah ujian agar aku lebih berusaha untuk membuat yang lebih daripada orang lain. Betul tu! I can do it! Korang yang diluar sana pun, can do it!
Korang. Ambillah cerita aku ini sebagai pengajaran bagi korang yang suka meniru ni. Jangan meniru ya. Allah nampak segala perkara yang kita lakukan. Ingat. Aku rasa kejadian yang berlaku pada aku itu, adalah ujian daripada Allah. Ya Allah. Aku insaf daripada meniru. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahu lagi Maha Bijaksana. :)
YOU ARE READING
Kawan Tak Guna
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar. Akan ku ceritakan kesemuanya kisah ini 100% di dalam karya ku ini. Cerita berdasarkan dari pengalaman hidupku. Sampai sekarang aku masih ingat lagi betapa tak gunanya kawanku itu. Walaupun aku sudah memaafkan dia...