Nov 2011...
"Akak. Bangun. Dah masuk waktu subuh. Harini nak pergi Universiti Malaya(UM). Jangan lupa."kata Amani.
OH MY GUCCI!!!
Hari ni aku kena buat persembahan nasyid di UM dan hari ni juga aku ada hari graduasi di tempat yang sama. Nervousnya... Ini merupakan buat pertama kalinya aku berada di atas untuk membuat persembahan dan memegang sijil kejayaan dalam hidup aku. Serius! Tak tipu. Selama empat tahun aku hidup, aku tak pernah bernasyid, dapat sijil dan sebagainya. Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan aku dua orang kawan seperti Nurul dan Hidayah. Kini aku lebih yakin untuk menjalani kehidupan yang normal tanpa rasa segan silu untuk terus mara ke hadapan.
"Allahuakbar!" aku memulakan solatku. Solat subuh adalah solat yang paling cepat habis waktunya yang dilakukan hanya sebanyak dua rakaat di waktu pagi sebelum menjelang waktu duha. Semua umat Islam wajib melaksanakan solat kerana soalan pertama yang disoal dalam kubur adalah solat. Kau tak solat? Memang orang lain tak nampak tapi tubuh kau lah yang menjadi saksi. Solat subuh cuma dua rakaat je kot. Tak susah pun kan nak laksanakannya? Apa yang susah adalah untuk bangkit semula daripada tidur atau bahasa kiasannya adalah mati sementara. Syaitan mula membisik,
"Subuh lambat lagi nak habis. Tidur lagi lima minit lepastu bangunlah..."
Tunggu lima minit, tak bangun lagi. 10 minit lagi, tak bangun juga. Akhirnya kau terlepas solat subuh. Malaikat disebelah kiri mencatat amalan kau. Andai kata kau mati disaat tunggu lima minit kau tu? Sudah. Diseksa azab kubur! Nauzubillah...
PAPPP!!!
Habis dah ceramah aku. Jom kita sambung balik cerita. Setelah selesai solat subuh aku mula bersiap- siap pakai kain batik... Kejap! Hangpa pakai kain batik gi UM? Sabar- sabar dulu bos. Aku belum habis cakap lagi. Ya, pakai kain batik. Ustazah nasyid aku yang suruh pakai baju sekolah dengan kain batik buat persembahan. Malu doh! Apa kelas nasyid pakai kain batik? Kan? Kan? Kan?
Sebelum pukul lapan aku dan Amani sudah berada di pintu sekolah agama. Fuyooo... Hidayah, Nurul... Eh? Syasya pun ada sekali? Dia buat apa?
"Okay. Disebabkan bas rosak, kita akan naik van ayah Syasya untuk sampai ke UM. Yang lelaki, korang akan pergi dengan Pakcik Wahab." kata Ustazah.
Aku memberitahu ibu supaya dia bergerak terus ke UM bersama-sama dengan kakak sulung dan kedua aku.
Sekitar 8.20 pagi kami sudah sampai di dewan yang telah disediakan. Wowww! Besarnya dewan ni! Nanti lepas SPM nak masuk sini lah. Bisik aku di dalam hati.
Kriuk...
Alamak! Perut aku lapar. Tak makan lagi. Ternampak kedai serbaneka di depan. Nurul, Hidayah dan aku berkongsi duit untuk membeli keropok. Sambil- sambil makan, tetiba Irfan dan Fikry datang minta makanan. Amboi! Beli lah sendiri! Beli juga diorang akhirnya. Ingatkan tak bawa duit.
Lepas dah makan Ustazah panggil, suruh duduk mengikut nombor. Eh? Kenapa aku duduk tempat lain ni? Rupanya sebab aku ambil sijil kecemerlangan. Tiba- tiba datang jejaka handsome duduk di sebelah aku. Rupanya dia pun nak ambil sijil. Kata Ustaz dan Ustazah, lelaki tu classmate aku cuma dia berada di sesi pagi bersama-sama dengan Hamzah. Aku menoleh ke kiri untuk melihatnya.
"Aminah! Aminah!" jerit Nurul dan Hidayah. Terkejut aku! Baru nak usha muka budak handsome.
"Awak. Sebelah awak tu Farhan. Dia dulu boyfriend kita." bisik Hidayah.
Hmmm... Boleh tahan.
YOU ARE READING
Kawan Tak Guna
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar. Akan ku ceritakan kesemuanya kisah ini 100% di dalam karya ku ini. Cerita berdasarkan dari pengalaman hidupku. Sampai sekarang aku masih ingat lagi betapa tak gunanya kawanku itu. Walaupun aku sudah memaafkan dia...