Part 12

118 11 0
                                    

Hmmm...
Sepanjang hidup aku, aku tak pernah tak sama kelas dengan kembar aku,Amani. Dari darjah satu, aku tidak pernah berenggang langsung daripada Amani. Dari darjah satu mak aku sudah berpesan kepada pihak sekolah.

"Cikgu, kalau boleh saya nak anak kembar saya ni masa kelas yang sama ye? Sampai darjah enam. Mesti bagi sama."

Itu kalau sekolah kebangsaan. Sekolah agama? Wallahualam. Aku tak ingat macam mana aku didaftarkan. Sekolah kebangsaan aku ingatlah. Tu pun sebab nampak Soraya. Hurmmm... She's my enemy waktu tadika sampai darjah tiga.

Aku masih ingat dengan jelas lagi. Soraya cukup tak suka aku dengan Amani. Dari tadika lagi. Aku tak faham apa yang dia tak puas hati. Dia mesti ada je nak sakitkan hati kitorang.

Ingat lagi waktu darjah satu. Cikgu Ami merupakan guru kelas aku. Dia baik orangnya. Kurus keding dan muka dia... Sejujurnya macam kucing.

Soraya suka kutuk kitorang yang tidak bersalah ni. Lepastu ajak orang lain supaya tidak berkawan dengan kitorang. Tak ada kerja ke?

"Cikgu tengok Aminah dan Amani ni! Dia kacau saya!"

Amende doh?! Tak kacau pun. Cikgu terus marah Soraya dan beri denda kepadanya. Kecil-kecil lagi dah jadi gangster. By the way, dendanya hanya perlu duduk di LANTAI sahaja. Aku tahu, denda tu tidak berapa power berbanding dengan denda dibuang sekolah tetapi, bagi budak-budak darjah satu, itu adalah denda yang paling memalukan.

Aku masih tertanya-tanya mengapa Soraya tetiba berbaik dengan aku bila dah masuk sesi pagi? Hurmmm... Alhamdulillah. No fighting-fighting lagi. Yeayyy! Dah penat gaduhlah tu. -,-

Pernah ada satu masa, aku terfikir. 'Ter' fikir sahaja. Bagaimana perasaan aku sekiranya ditakdirkan untuk dikelaskan kelas yang berlainan dariapa Amani? Sunyi? Sedih? Buat apa? Kita dah ada kawan.

Doaku tercapai. Aku akhirnya dikelaskan kelas yang berlainan daripada Amani di sekolah agama. Perasaan aku hampa dan kecewa sangat-sangat! Bukan sebab dapat kelas yang berlainan tetapi kelas yang dia dapat tu kelas pandai :(  Ustazah kata sebab kelas pandai terlalu sikit jadi, dia masukkan dua ke lima budak B ke kelas A. Aku gembira bila dapat kelas yang berlainan tetapi kedudukan aku sebagai 'akak' rasa terancam bila si 'adik' masuk kelas yang lebih baik dari 'akak'nya. Sampai sekarang dia masih berada di kelas yang lebih atas dari aku. Aku hampa dan kecewa sangat-sangat. Apakah nasibku ini? :'( Aku mesti akan berasa emosi bila memikirkannya...

Kat sekolah, dia selalu dapat yang bagus dari aku. Aku stress bila memikirkannya. Sampai terpaksa makan ubat sebab terlalu stress.

AKU SSSTTTRRREEESSS!!!

Kawan Tak GunaWhere stories live. Discover now