"Girls at the back! Please don't talk when I'm teaching!"
Itulah ayat yang guru English ku cakap pada waktu itu. Aku rasa dua kali amaran beliau beri kepada kami bertiga. Tapi itulah ayat- ayat yang beliau cakap. Aku, Nurul dan Hidayah berasa amat malu.
Aku mula menulis di meja. Aku masih ingat dengan jelas. 'Cikgu pilih kasih.' Tapi aku padam selepas itu sebab aku tahu, setiap guru melayan anak muridnya dengan adil.
"Aminah. Nak pinjam pen color- color awak boleh?" tanya Nurul.
Aku tanpa banyak soal membenarkan Nurul dan Hidayah menggunakan pen- pen itu. Aku nampak mereka seolah- olah menulis sesuatu di atas kertas. Biaq pi depalah. Baik aku dengaq apa yang guru nak ajaq.
Krinnnggg!!!
"Thank you, teacher!"
Tiba waktu rehat. Aku tidak ingat dengan siapa aku rehat tetapi bukanlah dengan Nurul dan Hidayah. Fuhhh!!! Ayam goreng sekolah rendah akulah yang paling sedap sekali! Ayam goreng mak aku pun kalah. Serius sedap!
Waktu rehat belum habis tapi aku dah naik ke kelas. Belum lagi menjejakkan kaki ke tanah Dhanishran dah kepoh- kepoh cakap kat aku pasal ada orang mencarut kat dalam kertas putih tentang guru English aku. Dia syak aku sebab hanya aku sahaja yang mempunyai pen berwarna- warni. Aku memberitahu bahawa pen itu aku yang punya tapi bukan aku yang tulis. Aku menyuruh Dhanishran bertanya kepada Nurul dan Hidayah sebab tadi mereka yang meminjam pen- pen aku itu.
"Nurul! Hidayah! Tadi kamu ke bla..bla..bla..." soalan yang sama Dhanishran tanya kepada aku tadi.
Mereka menggelengkan kepala. Dhanishran sebutlah pasal pen berwarna tadi. Mereka masih menidakkannya.
"Pen orang lain kot." kata Nurul.
Lepas habis, mereka berdua pergi dekat aku.
"Aminah!!! Asal awak bagitahu Dhanishran yang awak ada pen tu?!" marah Nurul.
"Sebab kita seorang je yang ada pen tu. Yang korang nak marah ni kenapa? Memang korang ke yang tulis tu?"
"Ya! Kitaorang yang tulis. Mana pen awak sekarang?"
"No! Korang kena mintak maaf!"
"Awak sanggup ke tengok kitaorang kena buang semua tu? Suka ke tengok best friend awak kena marah?!"
Aku pun dengan rela hati, membantu mereka menyembunyikan pen- pen itu. Selepas itu, orang atasan pejabat sekolah, datang. PK HEM kalau tak silap. Dia datang buat sportcheck pencil box. Dalam pencil box aku ada lagi pen- pen warna yang belum disorok. Nurul dengan pantasnya simpan dalam poket. Dhanishran sebagai 'saksi' memberitahu kepada PK HEM secara privasi bahawa aku ada pen tersebut.
"Aminah mana? Saya nak bercakap sikit dengan dia dekat luar kelas."
Aku pun keluarlah.
"Betul tu pen kamu?"
"Betul cikgu tapi bukan saya yang tulis. Saya tahu siapa yang tulis."
Aku tahu. Kalau aku terus menipu, makin bertambah dosa aku. Dengan lafaz bismillah aku beritahu PK HEM.
"Nurul dan Hidayah yang tulis cikgu. Sumpah saya tak tulis! Tadi mereka yang pinjam pen- pen saya."
Macam- macamlah diorg tulis. Hitam. Keling dan lain- lain diorang tulis. Ada dalam jawi dan ada yang bukan jawi. Aku berasa lega sedikit selepas sudah memberitahu cikgu perkara yang sebenar. Nurul dan Hidayah dibawa ke pejabat.
Tiga puluh minit sebelum balik...
"Maaf kerana mengganggu. Di sini ada satu pengumuman. Diminta murid yang bernama Aminah dari kelas 6 Kiambang, sila datang ke pejabat sekarang dengan kadar segera."
Ya. Sekolah kami guna sistem pengumuman macam dekat shopping mall tu. Tapi... Kenapa namaku dipanggil?
YOU ARE READING
Kawan Tak Guna
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar. Akan ku ceritakan kesemuanya kisah ini 100% di dalam karya ku ini. Cerita berdasarkan dari pengalaman hidupku. Sampai sekarang aku masih ingat lagi betapa tak gunanya kawanku itu. Walaupun aku sudah memaafkan dia...