Part 7

195 12 1
                                    

Oklah! Disebabkan aku taknak dedahkan identiti aku dan lain-lain dalam karya ini, aku akan tukar semua nama watak kecuali Hidayah. Nama aku tukar kepada Aminah. Bestfriend aku yang kuat menipu itu kepada Nurul. Maaflah kerana lupa memberi tahu anda watak- wataknya. Saja je mahu buat anda curious dan sebagainya. Haha! Maybe tidak juga. Never mind, janji sekarang ni kamu semua sudah tahu bukan?

*****

Amin Si Perut Buncit... -_- Astaghfirullah... Dipendekkan kata, dia adalah budak gemuk ! Haha!Dari darjah 2 lagi Amin menyimpan perasaan kepada seorang gadis yang dianggap 'crush' dan kawan biasa.Sudah hampir dua tahun Amin memendam perasaan itu di dalam hati. Masihku ingat lagi. Crush Amin duduk bersebelahannya di dalam kelas sewaktu darjah tiga. Setiap perwatakan Amin sering menimbulkan perasaan marah terhadap crushnya. Mana taknya rasa marah apabila Amin sering mengacau dan memandang crushnya di dalam kelas. Annoying doh! Benci gila!

"Kau bagitahu dulu siapa crush kau! Baru aku bagitahu nama crush kakak aku." kata Amani.

"Apahal pulak? Kau dah suka Irfan tu sudahlah. Ala... Bagitahu jelah. Bukannya aku nak ejek dia pun!" kata Amin.

"Kau nak sibuk apahal? Suka Aminah lah tu. "

"Wei janganlah bagitahu Aminah yang aku suka dia."

"Biarlah. Aminah tu kakak aku kan? Bukan kakak kau."

Sewaktu loceng waktu balik berbunyi, Amani memberitahuku bahawa Amin telah menyimpan perasaan terhadap aku. Aku pun apa lagi? Panas hati dan segera berlari keluar mencari Amin. Di kantin tidak ada. Balai menunggu tidak ada. Luar? Betul juga! Great idea. Bravo! Aku melihat ke kiri, depan dan belakang tidak ada. Di kanan rupanya Amin. Aku menjerit nama Amin dengan kuat "HOI!!! AMIN!!!" dia menoleh ke belakang. Aku boleh nampak mukanya yang cuak. Bila melihat dia cuak, makin panas hati aku dibuatnya. Aku pun tak tahu kenapa hatiku menjadi panas apabila mendapati Amin menyukai aku. 

"Jangan pernah suka kat aku lagi! Aku benci kau! Jangan cakap satu patah pun dengan aku kat dalam kelas!" marah aku.

"Ta.. Tap.. Tapi tu dulu. Ya. janganlah benci aku..."kata Amin.

"Sudah! Kau blah lah!"

Sebelum dia blah lagi aku sudah mula mengangkat kaki. Jahat kan aku? Padahal bukan salah dia pun untuk menyukai aku. Hati dia yang tertarik dengan aku. Aku pun tanpa berfikir panjang tengking dia macam itu sahaja. Mesti hati dia pecah saat aku mengatakan 'benci' kepadanya. Aku bukan apa. Aku pun tak tahu mengapa. Ketika itu, hatiku benar- benar merasa jijik terhadapnya. Jahat betul aku. 

Keesokannya, aku tidak berkata satu patah pun dengan Amin. Perasaan benci aku ini memang sudah tahap melampau dikatakan. Hendak melihat wajahnya pun bagaikan hendak meludah- ludah aku ketika itu. Disebabkan aku ada kembar, aku pun bercadanglah untuk bertukar- tukar tempat duduk dengannya di dalam kelas. Maklumlah muka kitorang sama, mana mungkin cikgu menyedari perbuatan tukar tempat duduk itu bukan?

Ok. Tanggapanku adalah salah! Rupa- rupanya cikgu sudah lama menyedarinya. Cuma beliau tidak memberitahu kami sahaja. Aku idak ingat bagaimana cikgu tahu tetapi, hari itu kembarku ada memberitahu bahawa cikgu sendiri yang beritahu di dalam kelas.

"Kamu ingat cikgu tak tahu ya kamu berdua tukar tempat?"

Itulah apa yang diperkatakan oleh Amani. I can't remember anything because perkara  tu sudah berlalu 7 tahun yang lepas. Sampai sekarang aku terfikir, masih ingatkah lagi Amin dengan kata- kata kejiku itu? Hurmm... Maybe. I think so!


Kawan Tak GunaWhere stories live. Discover now