"Awak nak cara cepat untuk habiskan makanan tak ?" kata Nurul.
Bilabercakap pasal makanan... Korang pernah tak fikir cara untuk menghabiskan makanzn dengan cara yang pantas. Kalau ada, sharelah sikit dengan aku. Aku pun nak tahu juga. Aku ni selalu membazir makanan kalau pergi restoran. Asal makan je mesti tak habis. Aku ni kurus orangnya. Kedai hidang sampai penuh pinggan, aku makan tak sampai suku. Ayah aku akan marah kalau tak habis makanan. Katanya kalau sudah tahu tidak akan habis, buat apa mahu order makanan yang berat-berat? Aku punya jawapan selalu akan sama setiap kali soalan itu dilontarkan. Aku akan kata"sebab... Akak ingat, akak boleh habiskan makanan ni. Dalam gambar nampak sikit..." Ayah aku cuma memandang dan beri senyuman perli kepada aku.
Dulu kan, kat sekolah agama Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya, Aku dengan Nurul selalu makan nasi. Laut yang makcik kantin masak, PerGHH!!! Sedap gila wei! Ada satu hari tu, makcik kantin terberi aku nasi yang banyak pastu dah letak lauk lagi. Terpaksalah aku makan walaupun aku tahu yang aku takkan habis.
KRIIIIINNNNGGGGG!!!!!!!
Locong dah berbunyi. Macam mana ni? Nasi belum habis. Lepas ni ada subjek Jawi. Alamak... Itulah yang aku fikir waktu tu. Aku cemas. Aku cuba untuk fikir macam mana aku nak habiskan nasi. Aku pandang ke kanan. Aku nampak Nurul dah habis makan.Dia suruh aku cepat.
"Ha! Awak nak cara cepat untuk habiskan makanan tak?"
"Ha... Apa dia?"
"Awak kan tengah makan nasi kan... Cara dia, kalau awak nak habiskan makan dengan cepat, sambil awak makan tu, awak sebut dan bayangkan makanan yang awak suka. Faham?"
"Ha? Apa awak merepek? Tak fahamlah. Cuba awak buat."
"Tengok ya..."
Nurul menyambung makan walaupun dah kenyang. Sambil dia makan tu, dia sebut"Spaghetti... Ikan... Spaghetti.. Ikan... Spaghetti...". dia kata, itulah caranya untuk menghabiskan makan. Aku pun trylah buat. Sama je. Tapi nasib baik habis. Tu pun sebab dia dah makan separuh nasi aku tadi. Patutlah engkau ni mok! Ahahaha! Gurau je. Tapi itu memang kenyataan yang engkau ni tembam dan gempal orangnya(bahasa sopan). Nak ayat lagi sopan? Oklah! Dia ni orang yang berisi sikit orangnya. Ahahaha!
Nurul ni suka buat eksperimen dekat makanan dan minuman. EEE!!! Pengotor adalah. Aku tak faham macam mana dia boleh suka dengan eksperimen makanan dia tu. Ada satu tu, aku beli air teh dekat sekolah agama. Dah beli dan rasa, pahit pula air aku ni... Aku pun apa lagi, offerlah kat sesiapa yang nak. Nurul orang pertama yang volunteer untuk minum padahal dia dah ada air dia sendiri. Air milo. Fuhhh... sedap tu! Dia ambil air teh aku, lepastu campur dengan air milo dia dan minum. Kitorang semua macam "EEEEEE!!!!!! Pengotornya! Camne awak boleh minum? Sedap ke?" Dia kata rasa macam teh tarik. -,- EEE!!!! Pelik betul budak tembam ni. Konfem sakit perut malam ni.
"Eh. Sedaplah! Rasa macam teh tarik. Tak caya? Cuba rasa air ni."kata Nurul
"Takpelah. Kita tak haus pun. Awak minumlah air eksperimen awak tu..."aku cakap.
Dia sambung minum air tu dan habiskannya sebelum bunyi loceng tamat waktu rehat. Eeee. Kalau korang ada kawan macam ni, apa korang akan buat? Join dia minum? Buang air tu? Haha. Aduhh.. kelakar betul bila fikirkan balik. Tu waktu darjah berapa eh? Aku dah tak ingat dah... Haha!
YOU ARE READING
Kawan Tak Guna
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar. Akan ku ceritakan kesemuanya kisah ini 100% di dalam karya ku ini. Cerita berdasarkan dari pengalaman hidupku. Sampai sekarang aku masih ingat lagi betapa tak gunanya kawanku itu. Walaupun aku sudah memaafkan dia...