Cakap pasal gula- gula mesti teringat balik zaman kanak-kanak bukan? Chocolairs, push-pop, boomer man dan banyak lagi yang sedap. Aku paling suka chocolairs. Fuhhh! Sedap bila coklat tu mencair dalam mulut. Haaa lagi satu ni. Chocolate Daim. Bila makan rasa macam makan dadah. Non- stop aku makan.
Dulu ayah aku merupakan seorang pensyarah perakaunan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Setiap bulan mesti pergi outstation. Pergi New Zealand, Sabah dan banyak lagi. Aku sendiri pun tak ingat berapa banyak negara yang ayah aku visit. Tapi orang sponsor la. Rezeki namanya. Setiap kali balik mesti beli coklat. Coklat Daim tu kira macam wajib la.
Kejap. Nama samaran aku dalam cerita ni Aminah kan??? Kalau tersasul nama tu maaf noh. Dah lama tak update cerita.
Pasal coklat tadi. Aku dengan Amani pantang kalau nampak coklat sedap. Kitaorang kalau makan coklat sampai mak pesan,
"Jangan lupa orang lain sekali..."
Sejujurnya, bukan aku yang tak ingat tetapi orangnya adalah Amani. Aku paling geram dengan dia sampai sekarang kalau bab makanan atau minuman ni.
Jus yang baru beli. Dua hari dah habis!
"Sori..." katanya.
Vitagen atau yakult. Dua kali sehari dia minum. Kadang-kadang tiga pun pernah.
Subway. Orang offer sikit dia minta separuh. Tapi tu dulu lah. Makanan je sekarang dia ingat orang. Kalau bab air jus ke apa, TIDAK! It still the same! Huhuhu. Semoga diberi Nur dan Hidayah. Hahaha!
Sebut pasal manisanlah kan, aku ada seorang kawan ni iaitu crush aku waktu darjah lima,Muaz. Dia ni kanak-kanak yang paling pelik aku pernah jumpa. Dia tak suka manis. Katanya nanti dia akan muntah. Really? Wahai pembaca, sekiranya anda mempunyai situasi yang sama seperti Muaz, sila komen di ruangan komen. Bukan apa, ini adalah pertama kali aku jumpa budak-budak yang tak suka makan gula- gula.
Dolu- dolu(dulu- dulu) kan, kat sekolah agama aku ada orang pemurah yang aku sendiri pun tak ingat siapa, telah memberi Skittles kepada semua budak- budak sekolah aku. Aku, Nurul dan Hidayah, tak sampai nak balik rumah, dah habis dah makan Skittles.Tetiba muncul lagi seorang manusia yang pemurah iaitu Muaz.
"Wei korang suka kan Skittles? Ambiklah aku punya. Aku tak suka."
"Asal kau tak suka doh benda- benda sedap ni?" tanya Nurul.
"Kalau aku makan nanti muntah."
"Peliknya kau! First time aku dengar." aku menyampuk.
Itulah. Skittles sedap gila kot! Mana mungkin orang tak suka. Ada lagi... Waktu tu jamuan akhir tahun 2011. Semasa tengah duduk lepak makan dengan Bella tetiba Muaz bagi kek coklat dia dekat aku. Kalau tak gigit tak apa juga. Ini dah makan bagi orang sambil cakap,
"Aminah. Kau ambiklah kek coklat aku ni. Aku tak suka la kek coklat. Ustaz bagi aku tadi. Tapi aku dah makan sikit. I didn't like it."
Ewww! Dah lekat tahi gigi nak bagi orang. Anyway, aku pun tak suka kek coklat. Entah! Bila makan rasa macam sakit tekak. Muaz pun apa lagi, terpaksa lah buang. Kalau korang, adakah korang akan ambil kek itu sekiranya kek itu crush anda yang beri? Kalau sah lah tak. Ada tahi gigi tu...
YOU ARE READING
Kawan Tak Guna
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar. Akan ku ceritakan kesemuanya kisah ini 100% di dalam karya ku ini. Cerita berdasarkan dari pengalaman hidupku. Sampai sekarang aku masih ingat lagi betapa tak gunanya kawanku itu. Walaupun aku sudah memaafkan dia...