Part 22

62 5 3
                                    

Nurul semakin hari semakin melampau. Aku yang bercinta dengan Farhan, dia pula yang melebih. Dia kini, tidak seperti dahulu yang selalu membantu aku di saat aku ditimpa musibah. Dia suka mengarah aku membuat itu dan ini. Sekiranya aku tidak mengikut arahannya, dia akan mengugutku dengan membocorkan semua rahsiaku. Aku rasa diriku dilayan seperti hamba baginya. Hancur berkecai hatiku sedih dilayan kasar. Tidak pernah tinggal satu pun minggu mutiara jatuh di pipiku.

Surat cinta yang aku tulis kepada Farhan,dia yang membalasnya sampaikan aku rasa benci pada Nurul. Hendak berjumpa dengan Farhan, dia mesti menyibuk untuk ada bersamaku. Masa untuk aku berjumpa dengan Farhan adalah waktu selepas kelas khatam Al- Quran sahaja. Itupun tersegan- segan hendak berbual dengannya dalam keadaan berdua- duaan. Ya. Aku tak suka berada dalam keadaan berduaan sebab aku tahu Allah tak suka. Fuhhh... Korang yang bercouple- couple ni jangan sentap pula bila baca. Keluarga yang Islamic, beginilah fikirannya. Aku masih ingat lagi apa yang Farhan tanya ketika itu.

" Kau macam tak ada kawan je aku tengok... "

"Ada lah... Aku ada kawan."

"Yeke?"

Aku hanya tersenyum sahaja. Dia membalas senyumanku dengan manisnya. Haihhh... Kenapalah kau cute sangat ni wei? Harap- harap kau dah tak baca cerita aku kat wattpad ni. Huhuhu...

Malam tu, aku mesej dia. Aku tidak ingat pasal apa tapi aku gembira sangat waktu itu. Rindu Farhan...

Kawan Tak GunaWhere stories live. Discover now