Masjid Sungai Besi. 14 Disember 2015. 10.45 pagi.
Ramai yang hadir dek kerana ingin menyaksikan akad yang bakal menyatukan dua jiwa itu. Pasangan yang menjadi tumpuan itu sungguh cocok dan sejoli dengan warna putih, seakan memberi simbol bahawa majlis itu suci seperti ikatan yang bakal terjalin nanti.
Lafaz yang kedua itu sudah mampu memuaskan hati semua orang.
"Sah!"
Dan pasangan itu masing-masing sudah tergantung dengan tanggungjawab yang besar di atas bahu mereka. Pasangan itu mula ditemukan. Cincin berlian yang harganya tak kurang daripada 10K itu disarungkan ke jari manis sang isteri. Sejuk! Tangan Deqna sejuk seakan ais batu.
Tapi tangan Pa'eh pun apa kurangnya. Terketar-ketar juga dalam diam saat menyentuh jari suri hati pertama kalinya.
Pa'eh pandang ke raut wajah Deqna setelah Deqna menyalami dan mengucup tangan Pa'eh, sebagai tanda hormat seorang isteri. Deqna tersenyum manis kepada raja hatinya pada hari itu.
Pa'eh kucup syahdu dahi Deqna. Tak sangka! Sungguh dia tak menyangka saat ini akan tiba juga, saat Deqna si Bambam itu menjadi isterinya.
"Await sejuk sangat tangan Bambam?"
Separuh berbisik sambil kucup dahi Deqna sesaat dua. Sekadar protokol sahaja. Dia malu hendak melebih-lebih.
"Tadi sempat masuk tangan dalam peti sejuk 1 jam,"
Deqna cuba berbuat lawak. Gementar di hati tiada siapa yang tahu agaknya. Luarannya, Deqna manis sahaja tersenyum.
"Tadi await salah sebut nama Deqna? Nervous eh?"
Akad tadi dibuat dua kali sebab nama tersalah nama Nur Diana jadi Nur Deqna. Tadi!
"Diam-la," Mata Pa'eh mencerun.
"Pa'eh tu diam," Deqna tak nak kalah.
"Abang," Pa'eh membetulkan. Pangkat Abang Kawasan.
"Apa?" Deqna buat-buat tak dengar.
"Abang dah sekarang ni," Sah-sah Abang Long Kawasan dah datang!
"Tak biasa." Deqna buat 'rolling eyes'.
"Biasakan," Sudah. Deqna tak tahu nak mencari akal macam mana nak menjawab.
"Orang tengok!" Masak lah! Goreng! Asalkan alasan.
"Siaplah nanti," Okey! Ni dah bagi 'killer tone' ni.
"Ye, Abang," Malas dah nak layan. Deqna mengalah.
"Good! Solehah!" Pa'eh sengih menang.
"Banyak cikadak!" Deqna sengil evil.
"Bambam!"
"Your wife now,"
Kening angkat macam Ziana Zain. Kedua-duanya sengih malu kemudiannya.
Dalam diam, Pa'eh dan Deqna masing-masing bersyukur masing-masing disatukan antara satu sama lain. Siapa sangka sahabat separuh masa dan musuh ketat selamanya seperti mereka boleh jatuh cinta antara satu sama lain.
YOU ARE READING
My Bambam ✅
SpiritualDeqna adalah budak paling tembam yang baru sahaja berpindah ke sekolah Pa'eh, tetapi apa yang menyebabkan Pa'eh bengang adalah budak gemuk itu juga adalah jiran barunya. Membesar tu adalah proses. Tapi bila badan budak Bambam tu semakin mengecil, h...